Pages

Friday, August 30, 2013

Mengapa Syurga dibawah Tapak Si Pemilik Rahim

Assalamualaikum Readers..


Lama betul tak jengah blog nie... Diakhir akhir syawal ni, mak jemah ni nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Syawal dah nak habis baru terhegeh hegeh nak buat ucapan... (better late than never) kannn..

Last entry pasal isu kawen yang aku bangkitkan.. Well, mungkin ada orang yang akan kata " eleh, klisye sangat buat isu isu kawen ni.." buat lah entry yang best contohnya resipi buat meat ball yg sedap dan kalahkan meat ball IKEA tuh..". Untuk pengetahuan readers yang disayangi, ada seorang silent reader yang mmg tak pernah nak tinggalkan komen dekat dalam kotak "Comment" tapi komen terbuka diberi depan muka mak nie... haishh! "Dulu hang memang lah silent reader tapi la ni aku dah tau dah sapa hang..terima kasih la sebab sudi baca blog aku yang suam suam milo 'O' ni."

This so called silent reader ni kata kat aku lah, konon bagi idea yang bernas, macam mana nak naik traffic blog, macam mana nak tarik orang follow blog aku ni.. Siap cakap, entry aku ni macam too self-oriented, kita kena ada touch point dengan readers baru banyak orang akan attach dengan blog kita...

Aku buat blog ni memang untuk suka-suka.. Tak terpikir untuk generate income... Mungkin pernah plan dulu tapi memandangkan kuasa menulis ni belum cukup tegar dan hebat macam hanis zalikha atau maria elena, maka ku kuburkan dulu niat untuk exposekan blog ni. Sekadar jadi medan untuk aku update kepada kawan kawan dan relative pasal diri aku and things around me.

Maaflah... belum ada entry pasal resipi sebab aku belum pandai masak. Setakat maggi assam laksa tuh hebat la...

So readers, bare with me. Masa untuk menulis memang terhad. Mungkin facilities belum mencukupi atau masa benar benar belum mengizinkan. In shaa Allah akan aku kongsikan perkara perkara yang berfaedah dan boleh diperbincangkan bersama..

So sempena akhir syawal ini, aku ingin kongsikan satu artikel yang telah disampaikan dengan begitu baik oleh penulisnya iaitu Abdullah Sobri. Artikel ini didedikasi khas untuk semua wanita sempena Hari Wanita Sedunia baru baru ini. Sila layan *(sediakan tisu sekiranya perlu)*


RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA......
Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita. 


Bagitahu saya, adakah pengalaman - pengalaman yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit? 

Lalu adakah berhak sesetengah pihak mengatakan wanita berpantang selepas  bersalin ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?

Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim seorang wanita sekarang? Atau akan datang? 

Maka, sayangilah rahim anda wahai wanita. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng,  bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu - ibu kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang -kurangnya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim...renungkan, selamat beramal.. =) 

p/s: keciknya buah pear, kalau banding dengan baby dah macam ratus kali ganda....uuuuuu

Maa Salamaa