Pages

Showing posts with label Wannabe.....A Good PTD. Show all posts
Showing posts with label Wannabe.....A Good PTD. Show all posts

Friday, February 01, 2013

2013 Please be good to me

Salam alaykum and Holla readers.

Happy New Year....

Ya ampun lama betul tak buat entry. Mungkin mak masih di tahap penulis hangat hangat taik hayam. Adussss!!

Anyways. the reason is that Ive been busy with my Diploma Pengurusan Awam (DPA) since October last year and still undergoing the course till this year, April. Hopefully, after this course, i can rearrange my time table and i want to be a serious blogger (cross finger). Please bear with me and thank you for your time. I should write about DPA soon. Mana tau ada adik - adik junior masih penasaran of what the new ERA of DPA will be. Even though my blog is outdated, I've always keep my FB, twitter and instagram updated. Keep in touch readers.
 
First day class of Diploma Pengurusan Awam
Till next time,





p/s: semenjak bila ntah duk menulis bahasa omputih nieh... kejadahnya!!!!

Tuesday, December 14, 2010

Silver Lining in My Cloud

Hola readers, Sudah bersiap sedia dengan entri2 MEGA dari tuan tanah? Hahaha takder lah megah sangat Entry MEGA mak, cuma boleh lah dari takder lansung kan.... SO here's My MEGA MOVIE...eh MEGA STORY...

Kalau korang bace previous entries, kebanyakkan kata2 menunjukkan sangat banyak penyakit hati yang berlaku didalam jiwa aku yang separuh kacau... Otak aku nie agaknyer kalau boleh bercakap..dah lama dia nak muntah tergolek golek...(serius betul bunyik nyer) The thing is.. aku tak banyak luah kat orang tapi kat pintu bilik dan bantal busuk selalu kena sepak terajang lah.... [MUAHAHAHA]<---gelak yang sangat J A H A T

Macam nie rasenyer ( gambar pakcik gugel yg sponser)

Tapi mungkin betul Lah setiap kejadian yang menyusahkan pasti ader cahaya yang menanti(tak tahu ayat saper nie main quote jer) Tapi mase dulu dulu, aku pernah belajar tafsir... antara ayat yang sering memberi motivasi kepada aku adalah ayat dari Surah Ash Syarh (94:5,6)


Dalam Quran pun ader sebut setiap kesusahan akan disertai dengan kemudahan. Malah tuhan menegaskan 2 kali dalam surahnya mengatakan setiap kesusahan PASTI ada kesenangan. Kalau ayat manusia mungkin kita boleh sangsi tapi kalamullah adalah 200% diyakini. Harap segala dugaan yang datang nie bukan untuk sia sia. Setap kali down, uOOlls boleh baca ayat nie. Mase Zaman Rasulullah pun, tuhan turunkan untuk menenangkan hati rasulnya yang gundah ketika berjuang. (ini semua yang diajar mase kat Kelas dulu)...

I think all my pain is paid OFF


SO u olls yang sedang dilanda kesusahan dan kegundahan, bersabarlah. There is always a silver lining behind every cloud. Bergembiralah kerana ujian itu sebenarnya adalah Hadiah dari Tuhan (in advance)...

 P/s: Mulai hari ini saya akan bekerja dengan lebih kuat untuk Rakyat....
Jojo punya Landasan Kerjaya(pic source: mummy adam to Jojo's wall)

Cheers

Thursday, August 19, 2010

Membawa Misi Negara

Hollaa readers(wah grand gituw opening)....sudah lama tidak bermesra mesra-an dengan encik Blog...oh aku merinduimu (sambil jari kuis kuis dekat screen)...Entry kali nie takdelah gempak sangat seperti tajuk dia. Saje nak hangatkan suasana opis nie yang dah macam kilang buat ais....

Misi Negara....Korang mesti tak tau apekah misi yang digalas oleh aku....haha...Macam nie citer dia;

Sepertimane yang semua maklum (kenapakah aku skema?) aku telah pun berjanji untuk Berkhidmat untuk Rakyat dan Alhamdulilah aku telah pun mengangkat ikrar itew pada November yang lepas..(dalam erti kate lain aku dah diterima sebagai PTD). So bila mane Berkhidmat Untuk Rakyat di KPT memang lah harus kita mengangkat atau menjulang martabat pendidikan negara. (hebat tak ayat aku?) So aku telah meng-join-kan diri (dipilih dan redha kan je lah)dalam satu satu Program yang dipanggil Program Kenali Masyarakat Orang Asli anjuran KPT dan UNESCO.Program Kenali Masyarakat Orang Asli dalam usaha untuk menyokong matlamat United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) bersempena dengan International Day of the World’s Indigenous People”.

Banner Perasmian (wah dia guna slide show je)
Program mendapat kerjasama JHEOA(Kira dia orang nie Tuan Rumah lah). Tentatif Program yang sepatutnya 5 hari telah menjadik 2 hari akibat kekangan masa yang melampau. so redha je lah. Objektif sebenar adalah untuk memberi kesedaran kepada Pegawai Pegawai Muda KPT supaya dapat "menyelami" Suka duka kehidupan masyarakat Orang Asli kat Mesia nie dan bangunkan dasar2 kerajaan yang dapat membantu golongan ini agar dapat hidup dengan lebih maju dan setanding dengan kaum2 lain. OK enuf say lah..karang korang baca karangan budak master yang tak berapa hebat nie mengantuk pulak..kita selit gambar

Aku sangat tegar berdirik di bawah terik panas mentari
Perjalanan 2 hari bermula pada 730 di KPT bertolak ke Muzium orang Asli di Gombak (belakang umah aku jer tapi haram lah penah pegi). Bergedik gedik sakan kat muzium tuh sebab urusetia tak nak lah we all yg tak penah tgk orang asli nanti bila dah sampai kampung OA, lebih jakun dan over excited. So tujuan lawat muzium nie sebab nak bagi pendedahan Awal lah...(maaf ..ayat saya skema) Beside muzium we all pi Library dan hospital OA yg terletak sekangkang zirafah(sebelah pintu je kowt).
dengar ceramah lah KUNUN...

Briefing dari Pegawai JHEOA. Pakcik ni sehidup semati dengan JHEOA. Salute spring sekalik....
Haa..ni lah yg excited lebih...nak pi jumpa depa lah nie...

Happy tak.....harap korang puas hati.....hehehe gempak nie...


eh nape?






nak gambar lagi ke?







ok layan je lah....


hasil kerja seni aku..eh eh (selamber mengaku)
Sape nak kawen..kat sini boleh tempah pelamin.
Lepas lawat lawat muzium nak on da way pi Library..ade show Tarian Sewang.. meh meh datang sini... happening woo

Disebelah aku nie kawan aku sebatch.. name dia azwa. Dia lah dalang disebalik kejadian ini......




Hospital OA dokter dari Indon..Sangat WORLD standard

Gambar library tak sempat nak amik sebab khusyuk sangat bace buku (tipu-tipu). Bila dah gedik2 jalan..berpanas-panasan..we all pun lunch kat sini dan as solah..pas tuh ..saat yang paling aku tunggu...bergerak pegi ke Cameon highland untuk bertemu sanak saudara kat sana....(mak aiih) statement... Perjalanan ke cameron aku tak amik gambo pasal zzzzZzzzzZZZzz sepanjang jalan...ngeh ngeh ngeh jadik kite terus ke episod sesampainya rombongan cik kiah di cameron...


masing masing ceria lah bila sampai cameron...ngam ngam maghrib sampai sane
Para jejaka mengangkat segala beg humban dalam Lori


Korang jangn tak tahu.. bas nie parking kat tepi hiway je...we all kena naik lori pulak untuk masuk ke Perkampungan OA. Masa perjalanan lebih kurang 15 menit ke dalam....hutan bana.. Agak mencabar..tapi sebab aku sangat jakun..so..It was so much JOY for me....

Sesampai je ingat dah boleh makan tapi kena jalan masuk ke dalam lagi untuk sampai ke kampung tuh...Hmm

Aku pun tak dapat nak bayangkan macam mane Penduduk Kampung Boh ni buat welcoming treat kat we all but i prepared for the worst.

Ha..ini adalah Welcoming Treat yang we all dapat..plus Welcoming Dance
Penduduk tengah buat tarian Sewang..tapi camera ku sgt amatur...sorry
p/s: banyak nye entiti paranormal kat sini

khusyuk dalam sesi dialog bersama Tok Batin n JHEOA
Dalam sesi dialog bersama Tok Batin n JHEOA, kita membincangkan masalah yang dihadapi oleh anak anak Masyarakat OA dalam mengikut pelajaran dan pembelajaran seterusnya menjejakkan kaki ke Menara Gading.... Wah..wah..wah...hebat dowh bunyik nyer... Lepas sesi dialog nie..we all makan..pastu prektis nari tarian sewang dgn penduduk kampung..pastu makan...pastu aku dah sgt ngantuk n masuk balik chalet untuk tido...penduduk kampung bersama pegawai yang lain karok(karok?) sampai tengah malam......Aku pulak tido tido ayam sampai nak dekat subuh...baru nak lena kaw kaw..tapi usaha ku itu terlambat sebab kena bangun cepat..bilik air satu je....pastu agenda seterusnya pukul 7 pagi...uwahh..aku sangat ngantok lah hari kedua..tapi masih excited...(masih kah?)

Ni chalet kita orang..Pondok buluh....angin masuk atas bawah k....

Budak budak yang sangat CUte

Misi hari kedua adalah melawat sekolah yang kawasan kampung tuh...so tgk lah kemudahan yg ado. Anak2 orang asli ni sangat cute dan pemalu. Dia tak selalu dapat visitor...lebih2 lagi visitor yang vouge macam mak nie...mesti diaorang pelik pelik bagai..tapi ok jer....Solution nyer..we all bawak UMPAN banyak banyak...UMPAN mereka adalah gula gula...

Sesi melawat sambil memberi UMPAN. We all lawat semua kelas.


Dekat sini aku dapat found out lah kenapa bebudak nie sumer nak pi sekolah..Selain sekolah itu wajib, Cikgu kat sini almost semua lelaki...dah lah tu ..Good looking plak tuh....Patut lah zaman aku sekolah tak der cikgu laki encem2...rupanya dihantar ke kampung2..Cis..kempunan aku..anyway..Sila hiraukan ayat ayat mengarut itu dan terus ke MISI negara tadi. Sekolah OA kat sini kalau nak ikutkan mmg lah daif kalau nak dibandingkan dengan sekolah2 baru kat bandar(sekolah kat bandar sekarang nie design dah macam pejabat daerah) Tapi they have all the necessities. Ok lah kan....Pencapaian sukan memang tip top cuma akademik tuh masih boleh diusahakan lagi. aku rase dah dapat idea ..ape yang nak ditambah lagi kepada keperluan bebudak nie...tunggu kalau aku nanti banyak duit...doa doakan eh...

Melawat sekolah sampai lebih dari tiga jam....we all pun jalan balik ke kampung tadik untuk aktiviti seterusnya....aktiviti berjimba jimba bersama penduduk kampung.. Ohh I love it...aku paling menunggu acara menganyam....

Bersantai bersama penduduk kampung
Pegawai lelaki VS jejaka jejaka OA-volleyball friendly match

Banyak gak acara yang we all buat...Kebetulan hari tuh ade pemeriksaan kesihatan oleh pegawai Kementerian Kesihatan kowt..so depa beratur amik ubat kat balai raye..main bola tampar..aku belajar menganyam..main sumpit sumpitan...pastu..kita makan lunch ...(kari ayam yang sangat sedap)....an then terus kepada majlis penutup. Ucapan ucapan yang sedikit bosan dan Tarian Sewang sekali lagi. baru aku tahu rupanya orang2 bandar nie gian menari sewang... Abih sudah tentatif program nie..selepas berkemas meninggalkan chalet dan berangkat ke lori untuk bertemu dengan Bas Che Kiah.. Its time to go home. I Miss KL so much... But After ALL, it was a fruitful visit to Kampung Boh Cameron Highland..wish to come back...one day....

Balik KL...kena buat laporan refleksi...untuk kajian kali nie.(kan seronok kalau kajian buat macam nieh selalu) ngeh ngeh ngeh.....

Sampai sini dulu ..


Hasta Pronto