Pages

Showing posts with label Wannabe.....Politician. Show all posts
Showing posts with label Wannabe.....Politician. Show all posts

Thursday, May 16, 2013

Mari Mengundi Malaysia



Assalamualaikum....

Holla readers,

It is good to be back in blogging..

Saje nak kongsi keriangan semasa pilihan raya hari tuh... BOooooo... dah lama kowt pilihan raya habis. In fact Datuk Seri Najib dah revealed semua senarai menteri menteri kabinet semalam. Well, better late than never.


It was a wonderful journey to join the election as voter. This time around, the celebration was very huge compared to 5 years ago. Dekat kawasan rumah aku, dah macam nak sambut raya puasa.. pening tengok orang gantung bendera kiri kanan depan belakang..
 
Alkisahnya... satu family plan nak bangun awal nak pergi jadik orang pertama lah yang beratur. Tapi, macam mane kami awal sekali pun, ada lagi orang yang lebih awal. Siap beratur depan pintu pagar sekolah. Semangat sangat nieh! Pusat mengundi memang belakang rumah je.. My secondary school.. ^Rindunye kat sekolah^  terimbau kenangan lama lebih sedekad yang lepas...
 
Jalan menuju ke sekolah
 
Taman Melati susah nak jammed -pack macam nie

Setelah masuk dan mendaftar, daddy cool dan mommy cool dapat laluan khas. Almaklumlah warga kilauan emas teeehee. Akak pun dapat laluan mudah. Memang tak sampai 5 minit lah pi mengundi. Tak puas pulak rasanya. Cepat sangat.. Bagi laluan yang pertama kali mengundi (yang bawah 25 tahun kalau tak silap), saluran ni lambat sikit... punya lah panjang... ramai betul budak budak muda mengundi. Bagus sangat sebab dah ada kesedaran mengenai tanggungjawab masing masing. Kali nie mengundi ada kenangan. Kenangan calit dakwat kat jari. Memang sudah menjangkakan dekat social media nanti akan penuh gambar jari.. Jari merah..biru..hitam.. So i have decided to post on a picture on the election day.
 
 

 
Dari asyik tunjuk jari, baik tunjuk muka sekali.. ^gagagaga^. Bonda ku pun ku paksa posing.


Dakwat yang aku dapat agak cair. Mungkin petugas lupa nak goncang botol dakwat tuh. Terima kasih kepada abang SPR yang sudi bagi aku tisu. Dek kerana dakwat yang kecairan itu, dakwat kat jari aku mudah sikit nak bagi hilang. Guna makeup remover jer.  Tinggalkan sedikit kesan dakwat sebab pada hari yang sama, kedai jus Boost buat promotion buy one free one juice. Hanya tunjukkan jari yang mempunyai kesan dakwat dah dapat harga promotion. Minum juice paling mahal yang ada dekat menu tuh pun free.. \^-^/
 
So, untuk adik adik yang berusia 17 tahun, tahun 2013 nie, anda perlu bersiap sedia sebab next election, adik- adik semua dah layak untuk mengundi. And for those yang dah 30 tahun tapi tak daftar mengundi lagi, bawak bawak la insaf. Pergi mendaftar secepat mungkin. Masa depan Malaysia di tangan kita semua.
 
Till next time,
 
p/s: Ucapan selamat Hari Guru buat semua cikgu2 yang pernah mencurahkan ilmu untuk aku yang tak seberapa nie. Tidak lupa kepada BFF Jaja Khuzaimah. Happy teachers day. Cikgu, terima kasih.. 

Wednesday, August 11, 2010

Barakah Ramadhan Terbukti....Terima Kasih Ya Allah

Hari nie, hari pertama umat malaysia menyambut Ramadhan Al Mubarak dengan penuh kesyukuran. Semalam ketika ramai umat islam menjalankan ibadat terawikh, aku masih dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjalani kelas master ku... Tapi walaupun semalam aku tak cemerlang dalam menyambut kedatangan Ramadhan yang penuh baraqah...aku sangat terharu apabila membaca sebuah artikel yang menuntun jiwa.

Comel kan ayat bunga bunga dari tuan tanah..tulah banyak sgt baca cerpen2 dan novel2 tangkap cintan...kan dah merepek.. Btw, berbalik pada cerita di atas, aku terbaca artikel dalam akhbar Harian Metro 10 Ogos page 20

"Saya tak Peduli Kritikan"-Datuk Bandar New York,Micheal Bloomberg

Kecaman Hebat tak jejas Ketegasan Datuk Bandar New York bina masjid di tapak Pusat Dagangan Dunia

ini adalah hadiah Ramadhan yang bagi aku sangat menusuk kalbu... cuba korang bayangkan..di tengah2 musim penduduk dunia mengecam islam sebagai agama pengganas..dan tempat kejadian dimana World Trade Centre dikatakan Ranap akibat perbuatan pengganas islam... akan dibina satu Rumah Allah yang sangat besar dan Perkara ini mendapat liputan seluruh dunia. Plus pembinaan masjid yang mendapat kecaman ini dipertahankan oleh seorang yang bukan islam (tak tahu lah kalau Bloomberg ni sebenarnya islam) Tapi kalau dia seorang islam, alangkah bagusnya...tapi kalau bloomberg nie non muslims, aku mmg salute 200% pasal dia menggunakan kuasa yang ade pada tangan dia untuk menegakkan hak sesama manusia. Masalah yang digembar gemburkan adalah pembinaan masjid kat tapak Gound Zero


tapak ground zero yang digezetkan untuk Pusat Kebudayaan Islam New York
(sumber: Pakcik Google)

Yang best nye..setelah meluncur kat rumah pakcik Google, banyak gambar protes2 yang boleh dilihat..biasalah orang tak leh terima hakikat. Check this out>>





Susah nak kata... korang nilai sendirik lah eh..... tapi ape ape pun...... aku nak share gambar Datuk Bandar New York yang sedikit sebanyak berani membuka mata dunia dengan menggunakan kuasa dia. Rilex lah..dia hanya menjalankan tugas dia

Mayor Micheal Bloomberg
(sumber: Pakcik Google)

Hensem tak? sebab dia buat baik..aku puji lah encem sikit.....jgn lepas nie dia buat naya balik kat orang islam...mmg tak selamat lah hidup ko Tuan mayor...

Tuan Bloomberg in action

Full article korang boleh baca metro sendirik atau boleh godek godek kat sini
http://www.nydailynews.com/blogs/dailypolitics/2010/08/bloomberg-stands-up-for-mosque.html

Semoga Ramadhan Kali ini Lebih Indah untuk kita Semua...Amin..... Selamat Berpuasa Semua!

Hasta Pronto

XoXo