Pages

Thursday, May 16, 2013

Mari Mengundi Malaysia



Assalamualaikum....

Holla readers,

It is good to be back in blogging..

Saje nak kongsi keriangan semasa pilihan raya hari tuh... BOooooo... dah lama kowt pilihan raya habis. In fact Datuk Seri Najib dah revealed semua senarai menteri menteri kabinet semalam. Well, better late than never.


It was a wonderful journey to join the election as voter. This time around, the celebration was very huge compared to 5 years ago. Dekat kawasan rumah aku, dah macam nak sambut raya puasa.. pening tengok orang gantung bendera kiri kanan depan belakang..
 
Alkisahnya... satu family plan nak bangun awal nak pergi jadik orang pertama lah yang beratur. Tapi, macam mane kami awal sekali pun, ada lagi orang yang lebih awal. Siap beratur depan pintu pagar sekolah. Semangat sangat nieh! Pusat mengundi memang belakang rumah je.. My secondary school.. ^Rindunye kat sekolah^  terimbau kenangan lama lebih sedekad yang lepas...
 
Jalan menuju ke sekolah
 
Taman Melati susah nak jammed -pack macam nie

Setelah masuk dan mendaftar, daddy cool dan mommy cool dapat laluan khas. Almaklumlah warga kilauan emas teeehee. Akak pun dapat laluan mudah. Memang tak sampai 5 minit lah pi mengundi. Tak puas pulak rasanya. Cepat sangat.. Bagi laluan yang pertama kali mengundi (yang bawah 25 tahun kalau tak silap), saluran ni lambat sikit... punya lah panjang... ramai betul budak budak muda mengundi. Bagus sangat sebab dah ada kesedaran mengenai tanggungjawab masing masing. Kali nie mengundi ada kenangan. Kenangan calit dakwat kat jari. Memang sudah menjangkakan dekat social media nanti akan penuh gambar jari.. Jari merah..biru..hitam.. So i have decided to post on a picture on the election day.
 
 

 
Dari asyik tunjuk jari, baik tunjuk muka sekali.. ^gagagaga^. Bonda ku pun ku paksa posing.


Dakwat yang aku dapat agak cair. Mungkin petugas lupa nak goncang botol dakwat tuh. Terima kasih kepada abang SPR yang sudi bagi aku tisu. Dek kerana dakwat yang kecairan itu, dakwat kat jari aku mudah sikit nak bagi hilang. Guna makeup remover jer.  Tinggalkan sedikit kesan dakwat sebab pada hari yang sama, kedai jus Boost buat promotion buy one free one juice. Hanya tunjukkan jari yang mempunyai kesan dakwat dah dapat harga promotion. Minum juice paling mahal yang ada dekat menu tuh pun free.. \^-^/
 
So, untuk adik adik yang berusia 17 tahun, tahun 2013 nie, anda perlu bersiap sedia sebab next election, adik- adik semua dah layak untuk mengundi. And for those yang dah 30 tahun tapi tak daftar mengundi lagi, bawak bawak la insaf. Pergi mendaftar secepat mungkin. Masa depan Malaysia di tangan kita semua.
 
Till next time,
 
p/s: Ucapan selamat Hari Guru buat semua cikgu2 yang pernah mencurahkan ilmu untuk aku yang tak seberapa nie. Tidak lupa kepada BFF Jaja Khuzaimah. Happy teachers day. Cikgu, terima kasih.. 

2 comments:

  1. kite sampai sekarang dakwat still ada..maybe pegi ngundi petang kot..dapat dakwat yg bawah2..hehehhe

    ReplyDelete
  2. mungkin lah kemn.. Niniey pergi pagi, orang pun tak ramai. Rase mungkin dia lupa goncang...mase dia calit kat jari, kat kuku tak lekat sangat..

    ReplyDelete