Pages

Showing posts with label Wannabe.....Food/Place Reviewer. Show all posts
Showing posts with label Wannabe.....Food/Place Reviewer. Show all posts

Thursday, June 02, 2011

"Sekincan Ikan Bakar" Date wif BFF

Holla Readers, long hiatus bukan lagi perkara asing bagi blog ku nie. Kesian Encik Blog but anyway... I have story to tell. Yup story mory lagi ler ya.

Bukan saje aku membiarkan Encik Blog kesunyian, tapi nak allocate mase untuk jumpa kawan baik sendiri pun punya lah payah. Bukan kawan baik orang lain. Yang ader pun tinggal berapa kerat jer.. Pada satu hari yang sangat sempurna, my BFF telah mengajak pergi makan ikan bakar. Katanya mengidam. Wah! kalah orang mengandung. Aku pulak dalam keadaan lapar tidak berpikir dua kali. Terus kata "JOM!" Tapi dekat area Gombak (Yes we are Gombakclan) mane der ikan bakar tepi jalan yang sedap sampai menjilat jari.

Pikir punya pikir sampai aku dapat idea untuk pergi Sekinchan Ikan Bakar. Sedap atau tidak itu belakang kira tapi yang pasti nyer aku selalu ternampak yang restoran ni macam ade kat merata rata tempat. Tapi aku tak pernah nak masuk. Jadiknya, bila BFF dah mngidam, aku pun amik kesempatan untuk try-test.


Sementelaah nak sampai di rumah BFF, baru teringat sekinchan ada bukak cawangan baru dekat seri gombak. Kami pun tanpa segan silu terus pergi ke sana.


 Nak pilih dishes sendiri pun susah. banyak betul pilihan. paling tak tahan sekali "Ikan Ayam". Dia orang punyer staffs international. Semua bangla. Yang local pun berapa kerat je. Sekali mat bangla yang serve we all pun tanya..
Matt Bangla:: Akak mahu sotong ka ikan ka kerang pun boleh...
We all:: amik ikan lah.. Sotong tak best.
Matt Bangla:: Ikan banyak ada siakap.. keli.. merah..bawal... "ayam"..
We all:: eh kita tak mau "ayam", kita mau makan ikan bakar...
Matt bangla:: (Sambil buat muka seposen) bukan lah akak...itu ikan nama "ikan ayam"...
We all:: Ohhhhhhh......... Tapi still taknak juga..


Setelah mengambil masa yang lama untuk mengorder... baru lah mencari port untuk bersantap. Kebetulan pulak hari Selasa jadik kami pilih seat depan TV kekonon nak layan ASMARA yang dah nak mula lagi 3 minit. Sekali......


Dengan sedap rase pakcik baskin nie mengeport kan diri dia depan meja we all. Sudahnye..asmara ke mana makan kemana.. Alik alik dok layan pakcik baskin nyanyi sedap giler. Terima kasih pakcik sebab duduk depan we all.



we all makan sampai nak kena langgar dek kerete

So far, bagi aku kalau nak datang makan sini boleh lah datang occasionally sebab harga dia boleh tahan jugak lah.. kalau nak makan hari hari memang rabak poket seluar daddy.  Sebabkan pakcik baskin nyanyi.. aku layan ASMARA dengan baca subtitle omputih jer. tak leh nak feeling feeling..


 Balik dengan jiwa yang tenang setelah perut kenyang.. Till next time Sekinchan Ikan Bakar

Tuesday, January 18, 2011

[Review] The Manjakaki Foot Reflexology

Holaa readers, entry ini telah diperam dengan jayanya dan sudah bersedia untuk dimenetaskan(betul ke ayat mak nie) Tak kisah lah . Janji publish jugak kan. Saje nak share dengan korang korang semua yang shoppaholic macm aku nie...Plus, suka jenjalan jalan langkah besar dalam semua shopping mall. Confirm kaki rase sengal dan kebas dan rase macam nak patah dua belas.

Panjang betul pendahuluan...tapi aku nak syor kan satu tempat nie...urut kaki mase half-time shopping so lepas urut boleh terus sambung shopping for second half pulak.


Kedai yang best nie terletak dekat dalam TESCO Ampang. Area Cempaka tuh. Nak dijadikan cerita, aku balik kerja dan Bonda mengajak membeli barang dapur di TESCO. Kena pulak hari tuh sehari suntuk aku pakai heels. Nak patah 12 dah kaki aku bila bonda mengajak shopping tapi digagahkan jugak (Saya memang Gagah).

Jalan punya jalan punya jalan, beli punya beli sekali kaki rase macam dan boleh buat sup tulang(Lemau Lemau). Bonda pun berkata "Marilah wahai anakku, kita berehat sebentar sambil menghilangkan pegal di kaki". Aku pun seperti Saya yang Menurut Perintah....

Sila layan gambar bonda merawati kakinya yang pegal...

Bonda sudah bedengkur?
rawatan air garam sebelum urutan dimulakan

hiasan dalaman pun not bad walaupun kan....
untuk lelaki
Kalau korang pergi TESCO ampang carik kedai nie dekat depan kaunter 28


Service mmg best, kedai pun sangat tenang dan relax walaupun nampak seram dari luar.... huhuhu

Ok guys, Cheers

Tuesday, December 21, 2010

[REVIEW] Kunyah Cafe and Restaurant


Holla Readers... Kali ni, entri aku akan lebih berbaur kepada review dan pendapat, komen-komen panas telinga dan soalan soalan terjah.. (Sila Kagum) My fes try untuk buat entri review nieh setelah mendapat bahan baru untuk dicanangkan kepada semua.

Sila maklum bahawa si penulis tidak ader kaitan apa pun dengan tokei kedai sebab aku datang sana pun kena bayar juga.. (Geli hati sekejap)


Restoran baru yang terletak di Shopping Complex Wangsa Walk. Korang boleh perasan kalau korang jenguk kaunter tiket TGV Cinema dekat sana. Mmg betul2 opposite kaunter tiket. Kalau tak nampak jugak, standby kira 5 jumaat. Nama pun macam nak glamer je “Kunyah”.

Sebabkan kebosanan duduk dirumah, aku pun heret mak dan adik2 aku pi buang masa+buang duit dekat karaoke. Kami pun baik punya nak parking lah dekat Songbox Wangsa Walk. Oleh kerana bilik semua penuh dan yang tinggal bilik VIP jer, aku terpaksa menunggu selama 20 minit sebelum urat2 leher aku nie bersenam dan beraksi untuk men-sumbang-kan lagu lagu yang ader kat dunia. Apabila kena menunggu mula lah mata melilau nak cari tempat untuk melabuh punggung (ayat sastera sikit).

SO sebagai kepala rombongan aku pun decide nak lepak+makan+minum+plus cuci mata tengok abang2 TGV yang sangat hensem jual tiket dekat situ .Bukan ape, mengisi mase lapang lah katakan.... 


Menu dia agak kepada Snek snek ala Malaysia contohnya roti jala, kerpok lekor, banana fritters, nugget, Frenchfries, Waffle, spegethi dan sebagainya (yang depan je bunyik Msia). Harga dari segi snek mmg agak mahal lah tapi boleh dicuba sebab masakan dia Not Bad.

Mari layan gambaran gambaran yang sudah menjadik tangkapan.

syera mmg suka propa

Daniel dengan Waffle

Double Cheese Beef Burger RM9.90

Waffle RM4.00

Apple Juice*Carrot Juice* Lime Juice All RM5

Spegeti yg guna kuah Prego sahaja RM 12.90


For me, next time kalau nak usha Abang kaunter tiket TGV jer aku akan datang lagi. Kalau tak, aku rela pi Mamak NZ yang lebih mengujakan.