Pages

Friday, December 10, 2010

Let's Choose a NEW Ride..

Hola readers, salah satu azam nu year aku nanti ialah memilik kereta sendirik. lesen kereta dah 10 tahun dapat, kete sebijik pun belum punyer (apekah?) So banyak jugak model yang eye-catching.. Untuk uolls i share sikit New Proton Model for 2011.

P/S: Post ini diambil dari entri seorang gadis jelita, SCHA. Sila Klik Blog Si Cantik nie ok....

The Confessions of a Novel-life Honey: Hot and sexy - 5 pahlawan:
Semalam masa aku lepak2 dengan kawan, mereka dok bercerita pasal kereta keluaran proton yang baru. As usual la, aku akan buat muka blur terpinga2 sebab memang x tau. Berita kat tv kul 8 tu akan tertengok time tersalah tukar channel je. Newspaper pulak baca setiap hari ahad. Tu pun bahagian artis. X baca sangat pon, tengok gambar je. Makanya x boleh salahkan orang lain. Memang 100% salah diri sendiri yang terpeka! Ahaha.. 

Pagi ni masa online, barula aku search tengok apa yang gempak sangat pasal Proton Pahlawan Bersaudara ni. Kalau dengar nama Pahlawan melaka ni memang la unik. tapi bila dijadikan kereta, x ke Melayu sangat? Macam kureng gah je... Tak pe2, aku pun berusaha cari pic kereta2 ni. Perghhhh... ligat la! Kagum sekejap tengok kemajuan industri kereta kita. Thumbs up to proton!

TUAH




JEBAT




KASTURI








LEKIU




LEKIR





So amacam? Cantik kan? cakap je la cantik.. Support the locals.. =)
Nice, cool and affordable! x kesah la kalau orang cakap design tiru lotus, naza forte or lancer. It's always a new kick start for proton. Afterall, it helps most ppl yang bercitarasa tinggi tapi x berkemampuan macam aku ni! haha..

Also,credit to mediasiber and rajacopypaste for the pics

 P/S/S: credit to SCHA juga untuk entry nie.

Thursday, December 09, 2010

It Just Not Enuf..

 A M A R A N: Entry ini akan penuh dengan perkataan sahaja. Sila baca dengan tekun.

Hola Readers... sebagai mengisi tuntutan berblogging, Mak rase berbesar hati mendapat tahu ade beberapa orang menunggu entry baru dari mak nie... Bukan tak nak post entry tapi tak cukup mase dan kekangan yang pelbagai. So sebagai pekerja berdedikasi tahun 2010(walaupun award nie bagi kat dirik sendirik), aku cuba jugak untuk selitkan banyak entry2 terperam kat blog nie. Nak buat entry pun bukan senang. Mane boleh nak hentam kromo kan ...nanti meluat pulak orang bace.


Anyway... Entry yang sependek cerpen ni akan aku pendekkan lagi sebab sesi meluahkan perasaan akan diteruskan jugak. Kalau korang semua sedar, sekarang dah 9 Dec 2010. Lagi 22 hari nak masuk tahun 2011. Mak sangat tak sabar... sebab 2010 nie sangat pahit lah terutamanya suku tahun keempat nie.(wah sangat berbau kewangan). Suku tahun terakhir nie telah mengundang banyak perkara yang mengguris hati dan mematang Fikiran. Menyebabkan aku dewasa lebih cepat daripada waktunya. (dewasa bukan tua okay). Aku telah berusaha untuk berbuat BAIK dengan semua orang tapi ternyata, banyak selok belok hati manusia yang aku tak paham dan menyebabkan aku tertindas oleh keadaan dan masa. Kelas tak ayat aku? Tak sesia amik kelas sastera mase SPM. Kalau boleh aku nak letak jer nama manusia yang membuat onar dalam tahun 2010 nie. Tapi tak sampai hati lah pulak kan... Sabar je Lah. Bak kata orang lain, Mungkin ader hikmah disebaliknya. Yelah mungkin jugak ader hikmah nyer....aku dah nampak dah banyak benda yang sangat mengujakan akan berlaku pada 2011. Mungkin pra syarat untuk dapat yang itu, kena lalui pengalaman yang macam Ha**M nie.

Insya allah aku tak simpan dendam untuk Onar2 yang berlaku pada tahun 2010. Tapi kalau agak2 ader yang payah nak mati ker payah nak beranak ker sila lah datang minta maaf. Aku dh maafkan. Maklumlah aku kan Professional.(Mak aiih kasar nyer bahasa ko niniey, Mane der mak ko ajar cakap kat orang macam nie) Astaghfirullah Tuhanku, ampunkan lah hamba mu yang hina ini...


Sekarang nie banyak perancangan yang perlu dibuat bagi melaksanakan agenda 2011 aku. Korang pun mesti ade azam tahun baru. Sempena Maal Hijrah nie, aku nak berhijrah meninggalkan kaum2 yang suka menunjukkan BESAR diaorang. Sorry guys u are out of my list. Kalau u Olls terbaca coretan nie secara sengaja atau tidak, minta maaf bebanyak tapi u are out of my league. Tak layak "bermain" bersama. 



To all readers, banyak entri yang tahap mega kebaboom yang akan aku hupdate. Tunggu 15 dEcember  Gomen tutup akaun so aku pun boleh bernafas sikit dengan mengarang lebih banyak entri M E G A.

Tuesday, December 07, 2010

Coming Up Next....

Sneak peak for up coming  blockbuster entry...

Stay tune.....

Monday, November 22, 2010

Abah..Can i have this?

Hola readers..hows ur day so  far?  Wish that u have a great days ahead... Well this entry is specially dedicated to my  Abah.. He started to forget our normal customs i guess.... (' ',)

Abah

Since i left Uni, I haven't received any gift from u... Why oh Why can't I?

Maybe u are clueless, thinking of suitable+impressive+ super gorgeous thing to buy ..

Well Abah...be clueless no more because anak abah yang tak malu nie is eyeing for something new..

NEW SAMSUNG TAB
Daddy... I Want This! Pleaseeeee~~~~

P/s: Aku tak tahu kenapa entry nie berbahasa Inggeris. maybe ade orang change language setting kat Miss
      Morning kowt;
P/s/s: Aku bukan nyer gadget savvy tapi kenapa aku mintak menatang tab nie erk? Maybe handBag dgn
         kasut dah banyak kowt. Kalau mintak konfem kena sepak..!;

P/s/s/s: Sila jgn muntah lah kalau bace entry nie. Abah aku pun 99.9% takkan jumpa dan baca entry nieh. 
           But have faith...miracle do happens. Mane tau dia TERbace suatu hari nanti...

Hasta Pronto,



Friday, November 19, 2010

Azam Tahun Baru - Part 1

Holla readers...Jumaat yang masih sepi.... Semua dalam Mood rayer...aku kena siapkan setimbun jugak kerja kerja duniawi nieh menyebabkan aku tidak layak untuk bercuti semasa hari rayer kurban walaupun kengkawan aku sedang berseronok melapah daging lembu di kampung memasing.

Anyway, aku nak sekali mengepos entri tentang Azam Tahun Baru 2011. Boleh tak? Tidak kan terlalu awal? adakah aku sangat gedik sampai azam tahun baru nak di pos pada bulan November dan tidak pada 31 Disember 2010? Atau mungkin entri azam tahun baru ini hendak dituju kepada sesiapa yang berkenaan dengan maksud tersirat yang bersurat surat...? Awas kau..

Atau mungkin aku nak letak sebagai Motivasi supaya lebih produktif pada tahun 2011 untuk mencapai azam aku, sebab satu dunia dah baca azam aku nieh. Kalau tak buat...mesti MALU peringkat antarabangsa. Bukan peringkat daerah Zon Keramat lagi dah.... hmm. Entrinyer dah siap tapi aku masih peram. Biar tunggu masak dulu kowt..

Hasta Pronto,

Tuesday, November 16, 2010

Raye Raye Raye...yahoooo.....

Impress tak uoll sebab mak buat 2 postage dalam satu hari? sebenarnya postage nie dah buat siap2 kat umah semalam tinggal datang hupload jer pagi nie sambil sambil memerah otak untuk kerja aku nie. Encik blog pasti suka sebab lama sikit bermesraan dengan dia hari nie...hurmm gatai...

Fes thing, aku nak ucapkan selamat hari jadik buat adik aku- Kakcik- yang keberapa pun aku tak tau...teeet.. moga panjang umor murah rezeki.... Semoga 16 November 2010 bermakna buat kamoo


Second thing, semalam mak pergi tengok konsert Air Supply. Suprise kan?


Semalam petang dengan hujan maha lebat, mak aku call tanya nak pergi konsert Air Supply? Bukan  lah aku nie kodi sangat sampai tahap aku tak kenal saper Air Supply tuh tapi Air Supply bukan zaman aku...i'm a lot younger mom!...Tapi sebab tiket free punyer pasal, redah jer lah. aku dapat bayangkan mesti aku sempat terlelap dalam konsert tuh..

source: encik Google

Poster nie sempat aku curik dari Encik Gugel..Aku pun sangat berharap untuk tidak tidor during concert sebab mate nie penat jugak. gerak darik Opis pun dah sangat lambat. Sampai KLCC ngam ngam maghrib. oklah tuh.....refreshing dirik sendirik dan sebagainyer. Aku sangat gagah  pegi tengok konsert pakai baju kerja. Well bila sampai sane, i wasn't alone. Ramai lagi yang pakai baju kerja... lebih kodi dari aku pun ader. Plenary Hall pun sangat sejuk berdasarkan pengalaman aku tapi aku harap ramai orang akan mengeluarkan haba yang secukupnya supaya aku tak kering kesejukan.

Tickets sponsored by Ambank Group (thanks a Million)


Pegi tengok konsert dengan muka sangat Comot

Masuk Hall pun dah nak dekat 8.30pm. Lepas duduk aku dah parking baik kepala aku untuk melelapkan mata. Yelah aku mmg excited nak tgk Air Supply tapi takat itu jer lah...So Intro act by Iqwal and other 2 local singer which i'm not familiar with....

Intro Act (source: The Star)
Oh aku pun tak leh nak tunjuk gambar dalam versi yang sangat baik sebab aku bawak camera pasar malam jer. Sepatutnya pakai camera dslr ke yang canggih berbagai.. Tapi sebab kamera aku nie cap Seng Heng jer mmg lah gambar tuh tak berapa nak bagus lah. Tambahan pulak aku duduk agak belakang jugak ler.....lagi lah haram... Korang layan jer lah gambar nieh...

The Stage

The reason i'm stuck in here

Dalam mood dah nak tengok konsert + Ngantuk

Dah start dah pun...(sori gambar sgt kabur)






Tak sempat tidor uollss....tapi menguap jer.. Layan giler Air Supply nie. Fes time tgk Gentlemen pakai skinnies. Kelas uolls!! Gambar tak banyak sangat tapi mak ader ambil video. Dua lagu Air Supply yang selalu menjadik halwa telinga di Opis. GoodBye and Making love out of Nothing at all . dalam proses untuk convert..insya allah nanti mak share kat blog nie.

p/s: Dikesempatan ini nak ucapkan juga Happy birthday To My BFF Watie  yang cukup umur pada 17 November 2010.Semoga panjang umur murah rezeki dan diberikan jodoh terbaik dunia akhirat. Aku sayang ko tau...

Gambar Watie tahun lepas mak curik dr FB

Tidak lupa juge Happy Belated Birthday untuk BFF Jaja (dia belum berblogging) pada 2 November 2010. Semoga Panjang Umur dan Murah rezeki serta bahagia dengan Encik Tunang tersayang. Aku perlu kurus untuk wedding kamooo. Sedang diusahakan....insyaallah
Pic Jaja juga ku curik dr FB
And finally Selamat hari Rayer Aidil Adha untuk semua... ..Semoga tahun nie lebih bererti dari segi pengorbanan dan pengertian. Tak sabar nak rayer.....Yahooooo...... ('',)

Hasta Pronto,

| Good bye Oktober..... Hello November |

Holla readers, its been a while kan i tak bertegur sape dengan Encik Blog. Mesti lah Encik Blog merajuk sampai terkedu bila hari nie dalam sejarah aku  mula bertegur saper dengan dia. Eh? U olls rindu tuan tanah ke tak? Haruslah "TAK" kan...

Bersempena dengan tajuk entri yang sangat mega aku akan merangkumkan banyak cerita dalam satu entri yang sama so that, tak membazir storage space kat alam maya nie untuk simpan entri entri tahap biasa nie.

Oktober adalah bulan yang kalau boleh aku nak skip dalam kalender 2010 aku. Macam macam bende jadik.  dari kerja yang maha memuncak daripada biasa ke sedikit tempias Politic-in-office ke muka aku, pastuh kerja assigment yang terabai dan terpaksa memalukan dirik sendirik dengan membiarkan dirik sendiri dimalukan oleh orang lain yang kurang bertimbangrase(ape lah statement aku nieh), berendam air mata, membiarkan reputasi diri dan sedikit maruah dicalarkan orang, menangisi pemergian nenek tersayang, dan dikala hati ini sedih dan sakit, aku sangat rindu untuk berjumpa dengan BFF aku tapi....mereka pun tiada .....disisi.

BFF saya rindu kamooo
Me+Watie+Jaja

Me and Ai-know

Setelah November menjelma, aku rase ader sedikit udara untuk bernafas. Banyak juga lah berita baik yang aku dapat. dan tak kurang jugak berita buruk. My sister's wedding is Off. Kesian kakak aku. Aku pulak rase tertekan dengan Final Exam yang menjelang  on 9 and 10th of November.
Berkampung dekat Library bersama coursemate "G"

Fes time jejak kaki kat Library UPM sejak enrol(aku jer)

Happy jugak bila we all buat suprise besday untuk Johan dekat Opis dalam suasana kerja yang sangat banyak.. to Daddy Wannabe Johan "sedarlah ko dah tua ngee~"

Suprise!

And satu lagi berita gembira apabila ratu air mata sorang nie (Wawa) dah terlepas dari azab yang ditanggung selama setahun dan buat pertama kali nya mase lunch, Wawa sangat ceria dan habis semua orang dia belanja. Share sikit Wawa berita gembira u tuh kat readers Mak nieh....
Wawa-Aan-Me during lunch

Aku kena habiskan segala sisa kerja yang ader sebelum disember ... sebelum akaun ditutup....maklumlah kerja aku busy mengalahkan kerja bank.wah wah wah.....

Dan aku sangat mengharapkan tahun 2010 nie cepat lah habis sebab aku tak sabar nak sambut  2011. Many new things happening next year. Uools mesti tak sabar kan.... Mak lagi tak sabar tau uoollls

Hasta Pronto(Till then),