Hint!
Wednesday, May 18, 2011
Wordless Wednesday (*-*)/ .... part 2
Wednesday, April 27, 2011
Wordless Wednesday (*-*)/ ....
Friday, April 15, 2011
Status :: K E L I R U
Holla readers, como dias? since lama tidak bercakap-an dengan Encik Blog, maka ditunjangkan satu lagi entri. Kali nie, lebih berinfomasi dan lebih dewasa (serius lah sikit)... Saya yakin( bila masa pandai guna perkataan saya nieh) anda semua (kebanyakkan anda la) memiliki sejarah hitam yang sama dengan saya, iaitu STUDENT DEBT!
Senario umum:
Disebabkan kita semua tidak dilahirkan dari keluarga yang ada - ada, jadik kita semua (peminjam-peminjam tegar) terpaksa atau memaksakan diri untuk meminjam kepada PTPTipu eh PTPTN... Basically, bagi student yang pinjam dari peringkat diploma jika dia belajar dalam masa 3 tahun ( 6 semester) mengikut subjek adalah sebanyak RM12K-RM20K. Kalau bijak belajar dan ingin sambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, kena tambahan sebanyak RM20K sehingga RM40K mengikut kelayakan. So basically, by the time he/she fully graduated, the student loan will be accumulated up to RM 60K. WOW! there's a lot of money.. Patutlah ramai student sekarang masa belajar pun dah start buat side income. Susah jugak jadik student eh...
Senario diri sendiri:
Aku bersyukur kerana situasi aku sedikit baik dari situasi umum di atas. Sementelaah habis SPM, aku sambung ke peringkat Sijil Matrikulasi dan seterusnya layak menjejakkan kaki ke Universiti. oleh kerana ibu dan ayah dibawah kemampuan untuk menghantar aku belajar, pada hari aku mendapat surat tawaran, aku juga telah pun diberi pinjaman PTPTN zuuppp terus 1.5K untuk tujuan beli tiket flight dan registration.....maklumlah belajar oversea ( yang ado). Then bila dah mula semester baru lah aku diberi borang PTPTN yang lengkap untuk diisi. Jadik, PTPTN telah menjadik sugar daddy aku selama 2 semester walaupun mendapat separuh kelayakan. Ok lah tuh kan dari tak der lansung....
Oleh kerana aku nie sedikit pandai(sikit jer) aku pun berhajat untuk memohon biasiswa kerajaan. Mana tahu ader rezeki tak payah lah berhutang banyak sangat kan. Alhamdullilah aku ader sugar daddy baru selain abah aku which was JPA at that time. Aku memotong PTPTN aku. Dengan bangganya aku menulis surat dan menghantar sendiri dengan tangan ke pejabat PTPTN untuk menamatkan pinjaman. Alasan yang diberikan, mudah - telah mendapat sugar daddy baru (Opps!) Dalam surat yang sama, (tahun 2004) aku juga memohon jasa baik PTPTN untuk memanjangkan waktu bayaran balik kerana aku masih dalam tempoh belajar (baru first year mase tuh). Dengan hati berbunga-bunga terus menyambung kembali pelajaran tanpa mengetahui bahana yang sedang menunggu (jeng jeng jeng).
Setelah tamat pengajian pada 2007, sebulan selepas convo, ketika sedang terkapai2, mencari kerja kerja yang boleh menampung hidup, tiba2 datang surat lawyer. Aku disabitkan kesalahan kerana tidak membayar pinjaman... Gile ke ape.... keje pun dak lagi mane nak cekau duit.... mase tuh dah pikir nak jual nasik lemak kat depan pintu rumah dah.... Jumlah pinjaman aku banyak pulak tuh RM3.7K (banyak nyer aku hutang!!!) so pelan pelan amik upah urut orang, sapu sampah, jual dekat pasar malam agar ada pendapatan (boleh percaya ke statement dia nieh)... So aku pun mmg nak menunjukkan ketidak-setujuan... aku tak mo bayar jugak sampai aku dapat kerja... (tekad betul aku mase nie) Sebab tuh aku dapat title "Peminjam Tegar". Surat yang aku hantar memohon cerai dengan PTPTN rupanya hilang dan tidak direkod. Nasib aku lah kan....So buat dek je lah...
![]() |
| gambar hiasan |
Tapi sekarang aku dah mula berkhidmat untuk rakyat dengan sepenuh masa, aku telah mula membayar dengan kadar yang berpatutan. Serius betul bunyik kes aku nie... Disebabkan aku nie peminjam tegar dengan jumlah pinjaman RM3.7K aku pun dapat surat Imigresen. "Anda telah disenarai-hitamkan untuk travel oversea..". Ouuch.... baru plan nak pi Canada tahun 2011, tour Europe 2012 - macam mane nieh....???
MACAM MANE NAK TAU KAMOO TUH SUDAH DIBLACK LIST?
Senang saje. Kamoo boleh melayari laman web PTPTN dan pergi ke bottom part of the page..
Nampak tak kotak wasiat tuh wahai peminjam ingkar sekelian? Sila Klik klik kat situ...

Tapi korang ada pilihan lagi, sama ada belum buat bayaran atau memang orang minyak (sebab dah kena senarai hitam) Mari lihat status saya (Nota: saya masih dalam proses untuk membayar
and guess what.....
Owww. Entri ini pengakuan berani mati tapi gua tak heran, sebab gua bayar tiap2 bulan (Gagagagagagaga)
Tapi setelah membayar dengan gigih sekian lama (takder lah lama sangat) dan jumlah pinjaman pun sudah sampai ke hujung hujungnya aku terjumpa satu website yang boleh menyemak status imigresen warganegara Malaysia. (Yes for you Malaysian!)
Kamoo semua boleh pergi ke laman web Jabatan Imigresen Malaysia
Mari semua kita sama sama tengok status mak nie. Boleh ke tak kita pi Canada tahun nie? Bismillah.......
Status:: Saya keliru... Memang dia suruh bayar ler sampai habis ate hutang kamoo tuh.. Aku kan dan bercerai dengan PTPTN. Dia boleh suruh pergi "rujuk" pulak... Tunggu jelah sampai habis bayar. BUkan nyer lama lagi pun..... Hahahahaha (gelak jahat).
M.O. R. A. L:
Kalau dah berhutang, rajin2 lah bayar.. kesian kat adik-adik atau anak2 kita nanti dah takder PTPTN nak tolong. Bayar konsisten pun boleh mengelakkan anda dari disenarai hitam. Tak payah lah risau nak bayar bebanyak. Bayar lah setakat yang mampu mengikut keadaan semasa. jangan sampai gaji 5K pun consider tak mampu lagi..Ciss Bedebah! Buat adik2 yang tengah study tuh..Jgn risau sangat... PTPTN pun takde lah kejam sangat sebenarnya. Yang penting, kalau nak tangguh bayaran make sure inform bebetul dengan PTPTN. Diaorang bagi punyer ....
Lepas dah habis bayar nanti, korang akan dapat surat cinta dari PTPTN.
| via Nadia Corner |
p/s: nak pergi Canada ke Europe terus eh? Macam nak pergi Hong Kong pulak...
Thursday, April 07, 2011
oH Natasha Hudson ......
Holaa readers, entri kali nie adalah entri balas dendam dekat kakak aku, Ras Nadiya pasal artis dan twitter..... So korang layan je lah....
Last february, kakak aku celebrate birthday dia. So on her birthday, dia dah tweet Tok Ti and Pak Nil wishing her birthday blast (sangat tak malu). And guess what, both Dato' CT and Pak Nil reply to her. Kecoh satu taman lah jugak....... Konon konon lah kan...... Come on lah uni, awak ingat awak sorang jer ker dapat reply tweet dari Tok Ti..... orang lain pun Tok Ti reply lah......
Tapi yang pastinyer orang lain tuh bukan lah aku sebab mak mmg tak pernah tweet CT pung... Kalau tetiba Tok Ti personally...tweet aku...haa tuh MAYBE kecoh satu taman.......
Tapi Uni, setakat tweet wish birthday tu sangat biasa..... tapi kalau tweet Hello Sayang......nak kata ape?
p/s: sila add twitter Natasha Hudson @mishytasha uollls
XoxO,
This entry is stored in:
Wannabe.....blogger
Friday, April 01, 2011
Dato' Siti Nurhaliza di Alamanda - A'an Mariyana Terharu?
Holla readers...(Uhuk uhuk.... menepis habuk habuk yang bersawang dengan Encik Blog...huhuh)
Sekali korang baca title entry nie mesti korang ingat aku reblog post abang nara ataupun blog gossip kat Malaysia nie pun...berdebar debar tunggu gambar gambar yang nak di post kan dalam entry nie... Ok..Kalu Tok ti korang kenal jugak...tapi korang mesti tertanya tanya " Siapa Aan Mariyana"- pelakon baru ke? atau artis baru kelahiran AF??? na na na na guessing guessing terus.....
Hari ni Datok CT ade dekat alamanda Putrajaya sempena road tour Simplysiti. Semua ladies ladies (separuh ladies dan bukan ladies juga) bersesak bagai dekat center court Alamanda. Nasib baik mak cerdik akal sikit. Aku tengok dari tingkat atas....Aku pun tak tau CT nak mai Alamanda. Ade lah dengar2 gosip gosip opis tapi tak der lah sampai jadik tak keruan macam opismate aku... siap nak apply cuti semata mata nak pi laga laga pipi dengan CT...Mak waras lagi ok.....
![]() |
| ni mase kat Watson Alamanda. Credit to deyna83 |
| Center Court Alamanda Ready for CT, Credit to Teratakarmo |
| Gambar nie i lyke.., Credit to Teratakarmo |
Tapi aku tak der amik sekeping pun gambar CT, Tapi nie yang aku jumpa dri Google. CT semasa di Alamanda. Aku suka giler Shawl CT...velvet tuh.....
![]() |
| Credit to FB SimplySiti |
Plan hari nie mmg sangat strategik. Sebenarnya hari nie ada celebaration belated birthday untuk my dear friend Aan Mariyana (Ape kawan ko jer ke niniey...ingat kan artis AF tadik). Jadik plannyer aku jalan kaki berpeloh peloh ke Alamanda, pergi ke Body Shop, grab jer aper aper yang patut dan cantik untk hadiah... kemudian pergi ke Secret Recipe dan membeli secubit Kek... lalu bergerak ke Manhattan Fish Market. Kali ni, organiser adalah Puan Wawa. Tapi tak tau lah mane salah silap nyer bila rombongan birthday girl sampai dekat MFM, full house pulak. Aku dengan bangga nyer lepas beli Kek SR dan take away... menunggu Queue untuk masuk dan suprise kan Aan Mariyana... (macam artis lah pulak siap tunggu queue bagai)
Last last kena tukar venue masuk Secret Recipe balik..tebal jugak muka mak nie sebab takdi iye iye take away cake..pastu makan balik dekat SR...
So the suprise begin....
![]() |
| A'an Mariyana |
Jadik selepas nyanyi nyanyi... tiup lilin..make a wish-video... Puan Wawa terpaksa pulang awal ke opis kerana tuntuan kerja. Kami meneruskan perjalanan menghabiskan masa dengan birthday Girl. Sambil merewang dekat Nichii dan beli lah dua tiga benda. Oh Si Little Elle pergi daftar mengundi.... baru berangan -angan dekat Nichii...Si elle dah panggil balik... So balik lah kami.....Tamat Lah celebration yang simple but lotsa thougts.....
sampai di parking.. aku perasan satu benda.
Si Elle punyer skill parking kereta. Saper lah agaknya cikgu sekolah memandu dia ek... Sian pulak aku tengok keadaan macam nie.
xoxo
Friday, March 18, 2011
i heart ALDO
Hola readers...since hari tuh aldo punyer sale.. macam giler semua pompuan grab kasut...aku pun telah mengejoin ke'gila'an tersebut. Tapi dalam banyak banyak kegilaan itu aku mencari si jantung hati terbaru ku...
ALDO CALCAGNI BLACK SUEDE wedges
Tapi kehampaan telah melanda diriku apabila cuma saiz 4 jer yang ade. Aku telah pun mencari chenta hati ini di lima kedai ALDO yang ada kat Malaysia nie. Tapi jawapan nyer sama, sama ada saiz tak der ataupun "sold out mem". Hey.hey hey... heyran jugak aku nieh... popular jugak kasut nieh....
i heart FORWOOD jugak
This entry is stored in:
Wannabe.....Shoppaholic
Tuesday, March 15, 2011
My February [ PART FOUR]...Finally
[A.M.A.R.A.N:: ENTRY TERPANJANG ABAD INI]
Holla readers... February bagi ku mmg panjang... Alrawsha punyer event took place during Maulud nabi. So basically kita baru di pertengahan February. Selepas meluangkn masa bersama kengkawan universiti, aku telah berjanji untuk mendedikasikan sebahagian mase daripada jadual harian yang sibuk nie untuk membantu BFF(kawan karib selamanya) a.k.a JAJA untuk persiapan terakhir hari perkahwinan dia....
Tapi kami kami yang berkawan baik nie tak boleh nak colek (kidnap) Jaja jauh jauh untuk buat Bacheloratte Party. maklumlah darah manis bakal pengantin baru. So simple punyer decisicion... Karok dan makan...Yummay...layan piccas je lah uollllssssss.
![]() |
| aku sayang dia mak!..yang sedang-sedang saja...lalallala~~~~ |
Nampak kan kesungguhan dan kegembiraan kami yang tak sedar diri... Bacheloratte party ini diadakan seminggu sebelum Jaja menjadik bukan milik kami lagi secara mutlak nyer( ayat fuyooo power)!!
As the days flown, aku sanggup tangguhkan induksi yang perlu aku hadiri semata mata untuk tolong preparation Jaja LAST last minute nieh.. almaklumlah... BFF ..tak der banyak boleh buat pun tapi motivational support is 100%. Bagi pihak Jaja semuanya sudah setel......cuma bilik pengantin jer yang masih pending....Oh ok lah tuh...kira bilik pengantin tuh tak lah penting sangat berbanding baju nikah atau baju sanding. Aku masih lagi lega.. Dalam hati bercampur baur....macam mane plan kitaorang nak pi Canada tahun nie....? without Jaja? hmm (mood:pasrah)
Isnin...Selasa....Rabu....Khamis.... dan Jumaat 25 Februari pun datang. Aku cabut dari opis setepat mungkin...tak penah aku berlari marathon 100m bila dengan bunyi mesin punch card menyanyi lalalala..... semangat giler ...agak onar jugaklah MRR2 petang petang jumaat nie....macam lah semua orang pun nak pi umah Jaja dan tolong last minutes preparation. Macet nya sampai aku menyumpah sebakul jugak lah...Tambah kedut2 kat muka mak nie......
Sesudah isyak...aku pun bersiap ala ala ratu (yang ado).. Watie dengan chihuahua nya datang mengambil aku di Villa ayahbonda (villa lah sangat...) kami bergerak dengan pantas ke rumah pengantin....
Malam itu, kami kami telah betukar menjadik pari pari terhebat....
Aku seterika almost everything dari curtain ke bed sheet ke sarung bantal dan sebagainya....kira stesen 1 lah.
Watie pulak cucuk almost everything... selagi dia boleh cucuk...... ngeee~ (mane na carik BFF macam nieh...)
![]() | ||
| Not yet ready |
![]() |
| Pengantin pun bekerja keras.... |
![]() |
| half done |
Habis sudah part kita orang. Oleh kerana waktu mencemburui kami.....So bila dah larut malam tuh reti reti jugak kami balik ke rumah memasing. Esok kan big day Jaja , so kena lah dapatkan beauty sleep mak. Nasib baik Jaja punye acara lepas isyak....(fuhh sempat jugak nak pegi bayar saman keta aku)
Keesokkan harinya.. 26 februari 2011.
Aku pun dengan damai bangun pukul 10(alamak!) memulakan hari aku dengan mengajak bonda pergi membayar saman yang berlambak...(2 tau saman i).Lepas tuh ingin melawat Kak Noor The Tailor sebab baju nak pakai kenduri Jaja 3 bulan dah siap tak reti nak pegi ambik..... sementelaah aku bersiap, dengan phone yang berdiam di tempat charge, tiba tiba.....
Suara dari luar pagar:: Assalamualaikum...niniey...!!
Aku:: (saper pulak pepagi semborono nie ....)sambil berjalan menjenguk ke pintu
Watie:: Niey cepatlah urgent
Aku:: alamak babe, aku berkemban ni(sambil menyorok badan ke belakang pintu) Whats up?
Watie:: ko tengah siap ker? nak gi mane
Aku:: nak kuar babe ...nak gi bayar saman ekor...eh kejap ko masuk dulu aku nak pakai baju......
Watie pun masuk dengan berdebar debar...
Aku:: dah kenapa ko menyeborono ke sini..?
Watie:: emergency nieh.. Jaja..
Aku:: kenapa dengan dia?
Watie:: dia mintak kita tolong amikkan barang hantaran dia... semua sekali...dekat Kelana Jaya.....
Aku::(dengan muka hijau bertukar kuning) Ape? pagi nieh baru nak amik...? giler ke ape?
Watie:: memang giler..aku pun dah separuh jalan heading tuh Putrajaya nak jumpa kawan. then bila dia call aku patah lah balik...kesian kat dia babe...takder saper nak tolong nieh.......
Aku:: habis tuh kite kena gi lah nieh ....
Watie:: dah tuh...nak suh laki dia ker?
Aku :: biar aku slow talk jap kat mak aku....
After a while... aku dengan tak seterika tudung main capai ape jer yang ade depan mata...mak aku setuju gi bayar saman sengsorang. masuk terus dalam Limo watie dan terus ke kelana Jaya....
Aku: (masih tak puas hati) kenapa dia tak bagi tahu semalam.?at least boleh gak kita rancang perjalanan hari nie......
Watie:: entahlah babe..semalam lepas tengok pelamin dan kita setelkan bilik...aku pun tak tertanya pasal hantaran.... Since dia kata everything setel dah kan.....
Aku:: (sambill geramm geramm menyapu blusher..) kan dah..nasib baik ko boleh patah balik.... kalau harap aku mati sesat barat dekat kelana jaya tuh...
Watie:: kena singgah dulu umah Jaja amik duit dan sebagainye....
Sementelaah watie kembali ke Limo dia.....
Watie:: babe adalah lagi satu disaster.... Inai jaja tak merah lansung..macam celup dalam air teh 'O'
Aku:: tak per babe bagi aku bertenang dulu...kita setel hantaran dia dulu...aku kalau kalut macm nie tak boleh pikir stret...ko jalan dulu pelan pelan..... biar aku pikir...
Kami pun mengharungi jalan raya..dengan memasing lapar dah tahap puaka..... demi kawan punyer pasal...sampai jugak dekat rumah kak Nurul from Nurul Arbee Creation.
Rombongan aku dan watie di join sekali dengan rombongan mukmin (hubby Jaja). Dia bawak balik dia punyer...kami bawak balik Jaja punyer... Nasib baik semua nyer dah siap tinggal nak ambik jer...Tapi masalah jugak nie... Dulang hantaran Jaja 11. Muat ke Limo watie nanti.....?(jeng Jeng jeng)...
![]() | |
| pengantin pun datang amik hantaran... |
![]() | |
| akak Nurul in action... |
![]() |
| feeling maharani....test..test..test |
Dengan bersemangat, kami gigih membawa hantaran Jaja balik ke Gombak... Korang mesti tak boleh bayang...dengan keadaan bonet limo dan seat belakang semuanya penuh dengan hantaran yang fragile...watie drive kerete 20kmph, tangan aku keduanya full -satu pegang Quran..satu lagi bunga tangan...dengan aku dan watie kedua nya lapar tahap puaka.... dengan buah hantaran bergolek golek dalam kereta setiap kali watie lalu bumper....dengan orang kiri kanan pandang pandang....(mesti dia orang ingat budak berdua nieh wedding planner(ehem ehem) best gak feeling tuh... tapi mak aiiih azabnya nak sampai gombak... rase macam nak balik Ipoh...... aku pun mencadangkan untuk watie drive thru MekDI... lapor dah sesangat...
Sesampai nyer dekat mekdi which is sudah dekat nak sampai ke rumah pengantin, aku dan watie pulun pikir nak makan ape hari tu.... Siap nak beli set double memasing(nafsu naga betul) lepas bayar..agaknya letih + lapar + kelam kabut satu hari....watie dengan selambe drive thru keluar dari Mekdi tanpa mengambil makanan yang telah kami order...
Maka tercetuslah dialog berikut:
Aku:: (sambil memandang Mekdi dengan perasaan lapar dan sayu) babe.. mane burger aku?
Watie:: (sambil brek mengejut) Ya Allah! aku lupa babe.....
Apa lagi berderai lah ketawa sampai bergegar gegar Limo watie.......
Sesi gelak ketawa pun berlarutan sampai ke umah Jaja.... sampai berderai airmata jugak lah nak ceroia balik kat Jaja... Tapi lapar punyer pasal aku makan dulu...karang tak boleh pikir dah pulak..... Mak Jaja pun pulang dari entah mane and mendengar cerita kami yang simpang siur tak tahu mane hala... Sekali makcik pun sound daaa..
Mak Jaja: eh cuba korang tolong pekatkan inai budak nie...macam tak nak kawen jer makcik tengok....
Aku dan Watie:: errrr???
Mane nak carik BFF macam kitaorang nie....dari tangan sampai ke kaki kami pulun letak inai.....Memang Ratu Sehari lah katakan..... mase nie dah pukul 5 petang... majlis start lepas isyak...Omjayyy sempat tak nak bersiap-siap nie.....??
oh lupa pulak nak tunjuk hasil usaha sama
![]() |
| Bilik Pengantin yg simple but lovely dengan hantaran yang hampir mencabut nyawa aku dan Watie |
![]() |
| ambik berkat ke babe?!! |
Oklah..mak dah tak larat nak cerita sepanjang majlis nikah dan resepsi termasuk outdoor photoshoot dekat Bukit Nanas.. korang layang je lah Piccas piccas dibawah....
Menghilangkan debaran pengantin sebelum melangkah keluar rumah....
Subscribe to:
Posts (Atom)
























































































