Pages

Wednesday, April 27, 2011

Wordless Wednesday (*-*)/ ....



p/s: i think I'll never can post any wordless Wednesday.  See.. i'm writing few words sudah.... BYE!

Friday, April 15, 2011

Status :: K E L I R U

Holla readers, como dias? since lama tidak bercakap-an dengan Encik Blog, maka ditunjangkan satu lagi entri. Kali nie, lebih berinfomasi dan lebih dewasa (serius lah sikit)... Saya yakin(  bila masa pandai guna perkataan saya nieh) anda semua (kebanyakkan anda la) memiliki sejarah hitam yang sama dengan saya, iaitu STUDENT DEBT!

Senario umum
Disebabkan kita semua tidak dilahirkan dari keluarga yang ada - ada, jadik kita semua (peminjam-peminjam tegar) terpaksa atau memaksakan diri untuk meminjam kepada PTPTipu eh PTPTN... Basically, bagi student yang pinjam dari peringkat diploma jika dia belajar dalam masa 3 tahun ( 6 semester) mengikut subjek adalah sebanyak RM12K-RM20K. Kalau bijak belajar dan ingin sambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, kena tambahan sebanyak RM20K sehingga RM40K mengikut kelayakan. So basically, by the time he/she fully graduated, the student loan will be accumulated up to RM 60K. WOW! there's a lot of money.. Patutlah ramai student sekarang masa belajar pun dah start buat side income. Susah jugak jadik student eh... 

Senario diri sendiri: 
Aku bersyukur kerana situasi aku sedikit baik dari situasi umum di atas. Sementelaah habis SPM, aku sambung ke peringkat Sijil Matrikulasi dan seterusnya layak menjejakkan kaki ke Universiti. oleh kerana ibu dan ayah dibawah kemampuan untuk menghantar aku belajar, pada hari aku mendapat surat tawaran, aku juga telah pun diberi pinjaman PTPTN zuuppp terus 1.5K untuk tujuan beli tiket flight  dan registration.....maklumlah belajar oversea ( yang ado). Then bila dah mula semester baru lah aku diberi borang PTPTN yang lengkap untuk diisi. Jadik, PTPTN telah menjadik sugar daddy aku selama 2 semester walaupun mendapat separuh kelayakan. Ok lah tuh kan dari tak der lansung....

Oleh kerana aku nie sedikit pandai(sikit jer) aku pun berhajat untuk memohon biasiswa kerajaan. Mana tahu ader rezeki tak payah lah berhutang banyak sangat kan. Alhamdullilah aku ader sugar daddy baru selain abah aku which was JPA at that time. Aku memotong PTPTN aku. Dengan bangganya aku menulis surat dan menghantar sendiri dengan tangan ke pejabat PTPTN untuk menamatkan pinjaman. Alasan yang diberikan, mudah - telah mendapat sugar daddy baru (Opps!) Dalam surat yang sama, (tahun 2004) aku juga memohon jasa baik PTPTN untuk memanjangkan waktu bayaran balik kerana aku masih dalam tempoh belajar (baru  first year mase tuh). Dengan hati berbunga-bunga terus menyambung kembali pelajaran tanpa mengetahui bahana yang sedang menunggu (jeng jeng jeng).

Setelah tamat pengajian pada 2007,  sebulan selepas convo, ketika sedang terkapai2, mencari kerja kerja yang boleh menampung hidup, tiba2 datang surat lawyer. Aku disabitkan kesalahan kerana tidak membayar pinjaman... Gile ke ape.... keje pun dak lagi mane nak cekau duit....  mase tuh dah pikir nak jual nasik lemak kat depan pintu rumah dah.... Jumlah pinjaman aku banyak pulak tuh RM3.7K (banyak nyer aku hutang!!!) so pelan pelan amik upah urut orang, sapu sampah, jual dekat pasar malam agar ada pendapatan (boleh percaya ke statement dia nieh)... So aku pun mmg nak menunjukkan ketidak-setujuan... aku tak mo bayar jugak sampai aku dapat kerja... (tekad betul aku mase nie) Sebab tuh aku dapat title "Peminjam Tegar". Surat yang aku hantar memohon cerai dengan PTPTN rupanya hilang dan tidak direkod. Nasib aku lah kan....So buat dek je lah...

gambar hiasan
 Tapi sekarang aku dah mula berkhidmat untuk rakyat dengan sepenuh masa, aku telah mula membayar dengan kadar yang berpatutan. Serius betul  bunyik kes aku nie... Disebabkan aku nie peminjam tegar dengan jumlah pinjaman RM3.7K aku pun dapat surat Imigresen. "Anda telah disenarai-hitamkan untuk travel oversea..".    Ouuch.... baru plan nak pi Canada tahun 2011, tour Europe 2012 -  macam mane nieh....???

MACAM MANE NAK TAU KAMOO TUH SUDAH DIBLACK LIST?

Senang saje. Kamoo boleh melayari laman web PTPTN dan pergi ke bottom part of the page..


Nampak tak kotak wasiat tuh wahai peminjam ingkar sekelian? Sila Klik klik kat situ...


Tapi korang ada pilihan lagi, sama ada belum buat bayaran atau memang orang minyak (sebab dah kena senarai hitam) Mari lihat status saya (Nota: saya masih dalam proses untuk membayar dengan gigih jumlah pinjaman saya yer)

and guess what.....
Owww. Entri ini pengakuan berani mati tapi gua tak heran, sebab gua bayar tiap2 bulan (Gagagagagagaga)

Tapi setelah membayar dengan gigih sekian lama (takder lah lama sangat) dan jumlah pinjaman pun sudah sampai ke hujung hujungnya aku terjumpa satu website yang boleh menyemak status  imigresen warganegara Malaysia. (Yes for you Malaysian!)

Kamoo semua boleh pergi ke laman web Jabatan Imigresen Malaysia

Mari semua kita sama sama tengok status mak nie. Boleh ke tak kita pi Canada tahun nie? Bismillah.......

Status:: Saya keliru... Memang dia suruh bayar ler sampai habis ate hutang kamoo tuh.. Aku kan dan bercerai dengan PTPTN. Dia boleh suruh pergi "rujuk" pulak... Tunggu jelah sampai habis bayar. BUkan nyer lama lagi pun..... Hahahahaha (gelak jahat).

M.O. R. A. L:  
Kalau dah berhutang, rajin2 lah bayar.. kesian kat adik-adik atau anak2 kita nanti dah takder PTPTN nak tolong. Bayar konsisten pun boleh mengelakkan anda dari disenarai hitam. Tak payah lah risau nak bayar bebanyak. Bayar lah setakat yang mampu mengikut keadaan semasa. jangan sampai gaji 5K pun consider tak mampu lagi..Ciss Bedebah! Buat adik2 yang tengah study tuh..Jgn risau sangat... PTPTN pun takde lah kejam sangat sebenarnya. Yang penting,  kalau nak tangguh bayaran make sure inform bebetul dengan PTPTN. Diaorang bagi punyer ....

 Lepas dah habis bayar nanti, korang akan dapat surat cinta dari PTPTN. 
via Nadia Corner

p/s: nak pergi Canada ke Europe terus eh? Macam nak pergi Hong Kong pulak...

Thursday, April 07, 2011

oH Natasha Hudson ......

Holaa readers, entri kali nie adalah entri balas dendam dekat kakak aku, Ras Nadiya pasal artis dan twitter..... So korang layan je lah....


Last february, kakak aku celebrate birthday dia. So on her birthday,  dia dah tweet Tok Ti and Pak Nil wishing her birthday blast (sangat tak malu). And guess what, both Dato' CT and Pak Nil reply to her. Kecoh satu taman  lah jugak....... Konon konon lah kan...... Come on lah uni, awak ingat awak sorang jer ker dapat reply tweet dari Tok Ti..... orang lain pun Tok Ti reply lah......

Tapi yang pastinyer orang lain tuh bukan lah aku sebab mak mmg tak pernah tweet CT pung... Kalau tetiba Tok Ti personally...tweet aku...haa tuh MAYBE  kecoh satu taman.......

Tapi Uni, setakat tweet wish birthday tu sangat biasa..... tapi kalau tweet Hello Sayang......nak kata ape?


 Kau ade?

dan pagi esoknyer...

p/s: sila add twitter Natasha Hudson @mishytasha uollls


XoxO,

Friday, April 01, 2011

Dato' Siti Nurhaliza di Alamanda - A'an Mariyana Terharu?

Holla readers...(Uhuk uhuk.... menepis habuk habuk yang bersawang dengan Encik Blog...huhuh)

Sekali korang baca title entry nie mesti korang ingat aku reblog post abang nara ataupun blog gossip kat Malaysia nie pun...berdebar debar tunggu gambar gambar yang nak di post kan dalam entry nie... Ok..Kalu Tok ti korang kenal jugak...tapi korang mesti tertanya tanya " Siapa Aan Mariyana"- pelakon baru ke? atau artis baru kelahiran AF??? na na na na guessing guessing  terus.....

Hari ni Datok CT ade dekat alamanda Putrajaya sempena road tour Simplysiti. Semua ladies ladies (separuh ladies dan bukan ladies juga) bersesak bagai dekat center court Alamanda. Nasib baik mak cerdik akal sikit. Aku tengok dari tingkat atas....Aku pun tak tau CT nak mai Alamanda. Ade lah dengar2 gosip gosip opis tapi tak der lah sampai jadik tak keruan macam opismate aku... siap nak apply cuti semata mata nak pi laga laga pipi dengan CT...Mak waras lagi ok.....

ni mase kat Watson Alamanda. Credit to deyna83
Center Court Alamanda Ready for CT, Credit to Teratakarmo
Gambar nie i lyke.., Credit to Teratakarmo
Tapi aku tak der amik sekeping pun gambar CT, Tapi nie yang aku jumpa dri Google. CT semasa di Alamanda. Aku suka giler Shawl CT...velvet tuh.....

Credit to FB SimplySiti
Plan hari nie mmg sangat strategik. Sebenarnya hari nie ada celebaration belated birthday untuk my dear friend Aan Mariyana (Ape kawan ko jer ke niniey...ingat kan artis AF tadik). Jadik plannyer aku jalan kaki berpeloh peloh ke Alamanda, pergi ke Body Shop, grab jer aper aper yang patut dan cantik untk hadiah... kemudian pergi ke Secret Recipe dan membeli secubit Kek... lalu bergerak ke Manhattan Fish Market. Kali ni, organiser adalah Puan Wawa. Tapi tak tau lah mane salah silap nyer bila rombongan birthday girl sampai dekat MFM, full house pulak. Aku dengan bangga nyer lepas beli Kek SR dan take away... menunggu Queue untuk masuk dan suprise kan Aan Mariyana... (macam artis lah pulak siap tunggu queue bagai)
Last last kena tukar venue masuk Secret Recipe balik..tebal jugak muka mak nie sebab takdi iye iye take away cake..pastu makan balik dekat SR...

So the suprise begin....
A'an Mariyana




Jadik selepas nyanyi nyanyi... tiup lilin..make a wish-video... Puan Wawa terpaksa pulang awal ke opis kerana tuntuan kerja. Kami meneruskan perjalanan menghabiskan masa dengan birthday Girl.  Sambil merewang dekat Nichii dan beli lah dua tiga benda. Oh Si Little Elle pergi daftar mengundi.... baru berangan -angan dekat Nichii...Si elle dah panggil balik... So balik lah kami.....Tamat Lah celebration  yang simple but lotsa thougts.....

sampai di parking.. aku perasan satu benda.
Si Elle punyer skill parking kereta. Saper lah agaknya cikgu sekolah memandu dia ek... Sian pulak aku tengok keadaan macam nie.

xoxo