Pages

Thursday, December 30, 2010

Happy Birthday Lil Adam

30 Dec 2010 - Lil Adam turned One today....




Semoga jadik anak yang baik dan soleh. Jaga mommy dan ayah elok - elok bila dah besar nanti....

p/s: tetiba terjumpa gambar anak Jaja dalam camera aku. Ni mesti kes mommy adam datang opis mase dia tgh cuti.....hahaha sibuk je Aunt Niniey nak ucap burfday Adam kat blog....

L.O.V.E

Catatan 30 Disember 2010

Hollla readers, since hari nie the very last working day in 2010, aku sudi memahatkan tarikh nie dekat dalam sisipan blog yang sangat humble nie (eh humble ke?)  Most of Us sudah dalam mood holiday. New Year is just a day away. Me just cant wait to meet Jan 3rd 2011. A new ME  for 2011....yeayy!!

Semalam Malaysia menang AFF suzuki cup, so PM announce 31st Dec will be PH. Aku baru nak apply cuti tapi tgh pening saper nak approve cuti aku sebab bosses cuti sudah... sekali big boss dah bagi cuti. Thanks A million...... Malam new year dah ader plan dengan BFF untuk pergi berfoya-foya. Tapi masih tertakluk dengan kelulusan penyimpan mohor-mohor besar memasing.(wah sangat santun betul kami kami nie).

Oh dah 30 Disember, aku kena siapkan entry New Year Resolution yang telah separuh jalan diperam dengan jayanya and Finally , i would miss 2010 even though it wasn't my best-est year in  life. 

Oh Lupa nak bagitahu, remember Elle dalam entri Berdating dengan Elle? She finally engaged with the fiance-Boboy... double yeayyy!

So next entry...... in a bit

Wednesday, December 29, 2010

Aku memang tak tahu masak... T A P I...


Holla readers, Rabu yang tenang dan redup. MRR2 pun tenang dan aman damai. Tiba tiba terbaca satu artikel best. Lepas tuh tersentuh jugak sebab artikel nie macam describe aku yang tak tahu masak nieh...
Credit to Kak Eza atas artikel di atas. Sila baca sepenuhnya disini.

p/s: Tiba - tiba bersemangat tahun baru nie nak masuk kelas masak...hehehehe


Adios

Tuesday, December 28, 2010

Ada Apa dengan MRR2?

Holla readers, Sebelum blog ku ini bersawang adalah lebih bagus untuk publish entri entri terperam yang ada heritage value oleh kerana tempoh pengeraman itu lebih lama dari entri yang lain lain. Baiklah entri kali nie adalah mengenai MRR2.

MRR2? mesti korang rase macam apehal pulak minah nie nak cerita pasal jalanraya. Sengal jugak lah kan nak citer jalan MRR2 tapi hampir 50% umur aku sejak tahun 2006 sehingga kini, dihabiskan dengan berada lebih kurang 4 jam (sometime lebih) di atas jalanraya. Kenapa? Sebab ini adalah main road untuk aku ulang alik Setapak-Putrajaya. Gigih kan? yer aku mmg gigih cuma kekadang termakan perasaan jugak dengan MRR2 nie. Kalau nak dikira dari segi skill mengutuk drebar2 lain atas jalan atau pun skill memaki hamun dalam 5 bahasa, aku dah sampai tahap professional. Kalaulah dikira dengan kedut2 muka nie hasil caci makian yang dibuat setiap hari mmg lah banyak cuma dengan pemakaian krim anti penuaan yang bernilai ratusan ringgit, barulah aku dapat mengekalkan keremajaan aku(auuw!)

Pada satu hari tu aku sampai opis sangat lambat sampai merah tau punch card i. Padahal keluar rumah 6.30 pagi sebab hajat hati nak beli nasi lemak makcik Esso [nasi Lemak dia belum 7.30 dah sold out] Kalau bajet jalan MRR2 tuh smooth sailing 7.30 pagi aku boleh terpacak dekat opis sambil bancuh nescafe. Tapi pada hari itu, haram kejadah betul.
mase nie dah 7.30 pagi dan aku masih stuck di...?

berada di Pandan Indah..Gerram giler
Tak tahu lah ader ape kat depan. Masalah nyer kenapa both side pun tak gerak?
Dah sampai depan sikit, frust sebab tak tahu sebab ape boleh jemmed teruk...huh!
 MRR2 mmg lah teruk kalau dia jemmed sampai tak berjalan sebab bagi aku kalau kete still bergerak maksudnya tak lah jemmed sangat. Tapi kalau journey nak gi opis aku sangat lama dan kalau dikira ikut jam, macam boleh sampai Ipoh ape kejadahnya?.

Sehari sebelum krismas dan minggu terakhir 2010 nie, MRR2 sangat mengagumkan. Aku keluar rumah 7.45 pagi dan sampai opis 8.15 pagi. Sangat tak percaya kan.... kan best kalau setiap hari orang bercuti krismas.... Tak lah sakit hati sangat bawak kete.... huhu.

To MRR2.....; jangan pernah ader TOLL tau. Aku nak guna khidmat  kau lama lagi nieh hehehe

adios

Monday, December 27, 2010

Things Are Easy!



Holla Readers..... Counting to 2011? I Am... tapi sebelum 2010 berlalu pergi, aku terlebih dahulu nak meluahkan perasaan. Ini adalah kegilaan sesetengah spesis kat muka bumi nie yang kadang kadang buat aku menyampah sampai bertambah dosa sebab menyampah kat diaorang.

Aku sangat perasan yang LELAKI nie selalu "Make Things Complicated"-konon konon diaorang claim yang they are very detailed in see things... pooodah! Nonsense tau korang nie. Aku tak kata semua lelaki yang suka "Make things Complicated" sebab tipulah aku kalau buat statement macam tuh tapi kebanyakkan memang macam tuh-termasuk Abah aku.. huh!

Geram betul dah aku nie. kalau lah dikurnia kudrat aku, nak jer bakar sorang2(huhu ganas giler statement) Baik mase belajar kat kolej, Baik kat Uni.. Baik dekat tempat keje... suka merumitkan orang lain(aku lah tuh)

Spesis yang suka meRUMITkan benda [ MEN, for god sake] yang dah sedia rumit nie mmg kena ceramah fadzillah Kamsah sekali agaknya baru dia orang sedar yang tuhan bagi kat depa 9 otak bukan untuk menyusahkan orang lain tapi untuk berfikir bagi kesenangan dan kesejahteraan ummah. Things are always simple. Why u have to go and make it complicated?

OST untuk entry nie dah confirm lagu Avril-Complicated

Lelaki - Sangat Complicated kan?
Aku tahu yang penguasaan bahasa melayu aku kurang baik. Sebab kat rumah aku cakap bahasa Urdu(tipu-tipu). Jadik apabila bertemu dengan orang yang DETAIL, aku akan jadik complicated. [aku pun confuse dah maksud complicated sekarang nie].


Sekurang-kurangnye aku bersyukur otak yang Satu nie akan aku gunakan untuk mengisi ruang-ruang pemikiran kosong itu dengan wisdom dan goodness supaya tak menyusahkan orang.

Adios

Wednesday, December 22, 2010

The Wedding Galore [PART 1]

Holla readers... como dias? Eh eh berbahasa basi plak di pagi hari. Banyak dah berlaku tapi tak tercatat.. Maklumlah buat buat busy keje(padahal...?)  N3 kali nie adalah entri2 yg membawa sinar kebahagiaan..(Wah!!) Its nearly end of the year and Its Wedding Galore Everybody


Aku rase bukan aku jer yang hadapi bende nie tapi macam semua orang pun rase. Asal jer start cuti sekolah, marathon kenduri kawen kawan2 dan sanak saudara  pun bermula. Mana tak nya, setiap sabtu ahad berderet invitation card menunggu. Dari segi cost, BUKAN LAH SAVE SANGAT PUN tapi dari segi diet amat membunuh hati dan sanubari bila mata aku nieh start nak carik pasal dengan mesin penimbang. Rase nak hempuk jer mesin penimbang kat dinding... Kalau tak datang, kengkawan lah pulak.. tapi badan rase macam nak pecah 10 sebab nak pi 10 wedding. Mama aku pulak siap jadik psycho. Boleh plak dia kata “kalau kita tak pi wedding orang, nanti wedding awak tuh bersanding lah sengsorang” Giler psycho tak Mama aku nieh? Aku pulak banyak ISU bila nak pi kenduri kawen...

S A T U
B    Bila pergi kenduri mesti ader masalah “Nak bagi hadiah ape ek?” –dah jenuh memikir nak beli hadiah untuk pengantin sampai sempat kena migrain.
·          
      D U A
      Bila dah nak pergi kenduri kawen mesti ader masalah “ Nak pakai baju ape?”-siap kalau ader request darik pengantin suh pakai warna tema majlis- migrain kuasa dua dah aku nieh.
·          
      T I G A
      Bila nak pergi kenduri kawen mesti ader masalah “nak pi dengan saper” –dah lah driver aku nie asyik busy jer sabtu ahad so terpaksa lah datin seri nieh mencari kengkawan yang sudi mengambik datin di rumah- ini belum masuk lagi kes kengkawan gaduh nak suh aku naik keta diaorang-migrain kuasa tiga dah..
·        
            E M P A T
           Bila dapat 3 invitation pada hari yang sama “mana satu nak pergi dulu”- kena pulak invitation tuh satu kat kedah satu kat perak dan satu kat KL- mase nie serius aku nak beli private HELI untuk kegunaan pi kenduri-migrain kuasa empat.
·          
      L I M A
      Bila dah sampai kenduri kawen, “korang mula jumpa kengkawan sekolah lama, ataupun kengkawan Uni yang dah lama tak jumpa ataupun terjumpa pulak girlfren baru yang datang berpelok tangan dengan Ex boyfren korang” –mase nie aku rase nak jadik DIVA pun ader tapi sebab aku nak impian jadik wakil rakyat so aku berlagak macam YB lah pi tegur orang lain walaupun kamoo2 buat2 tak kenal Mak yang Diva nie-mmg rase nak migrain tapi dah sempat makan panadol supaya nampak vouge depan orang.

       E N A M
·      Bila nak ambik makanan, aku konfius, “nak amik nasik banyak ker sikit- amik sikit-lapar, amik banyak-pelahap pulak nampaknyer-tapi hadiah dah bagi dekat 50 hinggit camner? Kena makan 5 pinggan ker? Hehehe

      T U J U H
·          Selesai satu majlis dan nak balik, “mestilah berbudi bahasa dengan tuan rumah”, so terkedek kedek jalan macam itik pulang petang sambil mengenalpasti sasaran mane satu mak pengantin so that boleh lah nak berbahasa basi untuk minta dirik. Dalam masa yang sama konon nak market diri sendirik yang single so kalau ader mak mertua Wannabe kat situ tengah lalu lalang boleh lah dia mark muka aku sesiap(huhu statement tak boleh blah)- sekali mak pengantin sound direct kat muka-kamoo nie bila lagi? Pergi salam pengantin tuh lama2 sikit biar berjangkit- aku terkedu sampai sudah tanpa jawapan.

     Dengan entri yang penuh dengan perkataan, aku dengan ini ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat kawan kawan yang telah meninggalkan zaman bujang mereka bersama insan tersayang... Semoga bahagia dan rahmat tuhan bersama kalian.. ameenn 
    

ISmaniza(mok) and Wifey
   photo Credit: FB Ismaniza

Wan Nadiah and Hubby
photo credit: FB Wan Nadiah

Kak Wanie and Hubby
photo credit: FB Wanie Yazid

Sofia and Hubby
Photo Credit: FB Jaja Khuzaimah

Nana (Liyana) with Hubby
Photo Credit: Me!


  

Tuesday, December 21, 2010

[REVIEW] Kunyah Cafe and Restaurant


Holla Readers... Kali ni, entri aku akan lebih berbaur kepada review dan pendapat, komen-komen panas telinga dan soalan soalan terjah.. (Sila Kagum) My fes try untuk buat entri review nieh setelah mendapat bahan baru untuk dicanangkan kepada semua.

Sila maklum bahawa si penulis tidak ader kaitan apa pun dengan tokei kedai sebab aku datang sana pun kena bayar juga.. (Geli hati sekejap)


Restoran baru yang terletak di Shopping Complex Wangsa Walk. Korang boleh perasan kalau korang jenguk kaunter tiket TGV Cinema dekat sana. Mmg betul2 opposite kaunter tiket. Kalau tak nampak jugak, standby kira 5 jumaat. Nama pun macam nak glamer je “Kunyah”.

Sebabkan kebosanan duduk dirumah, aku pun heret mak dan adik2 aku pi buang masa+buang duit dekat karaoke. Kami pun baik punya nak parking lah dekat Songbox Wangsa Walk. Oleh kerana bilik semua penuh dan yang tinggal bilik VIP jer, aku terpaksa menunggu selama 20 minit sebelum urat2 leher aku nie bersenam dan beraksi untuk men-sumbang-kan lagu lagu yang ader kat dunia. Apabila kena menunggu mula lah mata melilau nak cari tempat untuk melabuh punggung (ayat sastera sikit).

SO sebagai kepala rombongan aku pun decide nak lepak+makan+minum+plus cuci mata tengok abang2 TGV yang sangat hensem jual tiket dekat situ .Bukan ape, mengisi mase lapang lah katakan.... 


Menu dia agak kepada Snek snek ala Malaysia contohnya roti jala, kerpok lekor, banana fritters, nugget, Frenchfries, Waffle, spegethi dan sebagainya (yang depan je bunyik Msia). Harga dari segi snek mmg agak mahal lah tapi boleh dicuba sebab masakan dia Not Bad.

Mari layan gambaran gambaran yang sudah menjadik tangkapan.

syera mmg suka propa

Daniel dengan Waffle

Double Cheese Beef Burger RM9.90

Waffle RM4.00

Apple Juice*Carrot Juice* Lime Juice All RM5

Spegeti yg guna kuah Prego sahaja RM 12.90


For me, next time kalau nak usha Abang kaunter tiket TGV jer aku akan datang lagi. Kalau tak, aku rela pi Mamak NZ yang lebih mengujakan.

Monday, December 20, 2010

My Dream Holiday in 2011


Holla readers, Amacam? ader tersampuk monday blues ke hari nie? Hopefully you are not cos I am so bluessy today...Dalam mood

Untuk memulakan 2011, aku dah berpakat dengan Ainoor nak pergi menghitamkan badan di pulau tercantik kat Malaysia. Yup.. u read it right.. Meng-tanning-kan kulit yang sedia gelap nie. Tiket flight pong dah beli.... Horaay.. 2010 cuti aku kurang berusik tapi 2011 i'l make sure aku akan guna sepenuhnya. Memandangkan zaman zaman bujang pun MUNGKIN nak sampai ke penghujungnya... baiklah kita grab jer ape yang ader....

Mari kita berangan bersama - sama...



p/s: Oh i just cant wait .......hmmmmmm


Thursday, December 16, 2010

Musiclovin' - Liyana Fizi and Najwa Mahiaddin


L I Y A N A F I Z I   VS  N A J W A  M A H I A D D I N
Hola readers, i'm been busy lately. Tapi tidak akan menghampakan semua., N3(entri) kali nie lebih kepada music lovin' especially untuk Local Music Industry. Maybe some of u might come accross these wonderful vocalists.

Najwa Mahiaddin seperti yang sedia maklum adalah daughter kepada TPM kita. Dia fesfes kuar dengan lagu "Kau yang Punya" duet mantop dengan Malique. Best giler sore dia kan kan kan. Macam ala ala penyanyi Motown(ala2 penyanyi negro tuh). yang lagi best, Najwa ni Graduate tau. Walaupun bukan grad bidang music tapi singing is her passion. Cool kan? i loike giler giler..... Lagu dia sumer best best. Tengah tunggu bila nak kluar album nie (oh I just can't wait)


Lagi sorang nie Liyana Fizi. She plays a mix of acoustic indie tunes tinged with folk, bossa, and jazz. Gaining acknowledgment for her melodic songwriting, the singer/songwriter made her first debut as one of the founding members of Malaysian indie-pop band Estrella. Chomel bangat and talented. Haha Kalau dulu suare dia untuk lagu lagu Band Estrella, Sekarang dia lagik femes kowt cuma kurang expose(bagi aku lah). Korang mesti penah tengok Iklan Celcom Exec yang ade sorang pompuan dia sangat bahagia jalan2 n bawak kereta dalam keadaan yang sangat smooth sailing. Bila dia drive sampai pokok pun tunduk so that pompuan yang bawak keta tanpa bumbung tuh tak panas sangat la. Ingat tak iklan tuh?(penat aku explain nie). Lagu background tuh Lagu Liyana Fizi lah. Tak pun lagu free caller ringtone celcom tuh...lagu dia jugak lah..

Snapshot iklan Celcom Exec(gugel sponsor gambar nie)

Aku admit depa nie mmg best giler. Tapi tak sempat lagi nak pi mane2 gig depa nieh. Dok tengok kat TV jer... Nak jumpa depa jugak......kalau boleh nak jamming sekali...(chewah chewah)..

Liyana Fizi(source:gugel)


ok u olsss, nak kuis kuis internet nak cari Itunes lagu diaorang nie..