Pages

Wednesday, November 16, 2011

Tarik nafas.... Lepassssss

Assalamualaikum.....

Holla readers, lama jugak tidak bersiaran disini. Encik blog pun mesti dah boring dengan aku. Akibat kekangan masa yang maha hebat maka jarang dapat untuk mempublish entry entry mega disini. Percaya atau tidak setiap hari ada sahaja deraf entry yang aku buat tapi tak pernah habis atau di publish. Mungkin sebab ini lah aku tidak boleh jadik penulis blog tegar walaupun banyak bahan yang nak dikongsikan dengan u olls.



Anyway, terima kasih pada sesiapa yang masih mengintai blog yang berhabuk nie.. Thank u coz leaving me messages. Entry ni pun kebetulan sahaje...nasib baik aku tengah outstation....jauh dari office, dapat rehat awal sebab audit habis cepat dan hotel bagi wifi 24 hours ...... melaka memang best... 

Banyak yang aku nak kongsikan....terutamanya story pergi jumpa Tony Fernandes..(auuuw.. kau ade) sangat tak sabar naak hupdate blog nie... tunggu lah masanya....

Take Care All

 






Friday, August 12, 2011

Ahlan Ya Ramadhan - My birthday's month

** uhuk uhuk sambil mengibas habuk dekat badan Encik Blog**

Assalamuaalaikum w.b.t ... Hola readers....

Masih belum terlambat rasenya untuk ucapkan Selamat Berpuasa buat semua readers yang tersayang.. Well mohon ampun sebab saya bukan seorang blogger yang tegar... masih mencari ruang dan peluang untuk menjadik blogger yang tegar i.e: boleh hupdate blog 3 kali sehari. Insya allah ada rezeki lebih (dari segi masa dan kewangan) saya berazam untuk jadik blogger yang tegar. Sekarang nie masih taraf Social Blogger..

Untuk Ramadhan kali nie, sebagai entri pembuka, mari kita baca sedikit tentang kelebihan Ramadhan Al  Mubarak..

1.Dibelenggu para syaitan dan jin.

Menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini.

“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu.Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.

“ Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu dan amal fardu diberi balasan 70 kali ganda. Sebagai contoh solat Jumaat, sekiranya ada 5 kali Jumaat pada bulan itu, maka 5 x 70 = 350 Jumaat di luar Ramadhan, bersamaan 7 tahun solat jumaat. Pahala solat Jumaat sama dengan pahala haji bagi orang miskin yang tidak mampu mengerjakan haji. Solat Jumaat pada minggu akhir Ramadhan adalah solat Jumaat yang istimewa. Qadha solat fardhu juga diberi 70 kali ganda pahala. Sedekah RM1 dalam bulan Ramadhan adalah sama dengan RM70 di luar Ramadhan.

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)

3. Pintu neraka ditutup.

Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.

4. Dibuka semua pintu syurga.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.

5. Allah perhiaskan syurga.

Allah percantikkan syurga yang sememangnya cantik. Bagaimana? Tidak terfikir oleh akal manusia. Bidadari berpantun minta disegerakan bertemu bakal suaminya di syurga.

Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angina di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan , hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .

6. Dilepaskan tahanan neraka

Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”

7.Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah

Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan. Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu.” Layanlah tetamu mengikut apa yang dia suka, misalnya jika dia suka makan ikan, hidangkanlah masakan ikan. Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“

8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang (2 tahun)

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

Subhanallah.... syukur ya Allah aku masih berpeluang menyembahmu... janganlah kau palingkan hati dari jalanmu...

article credit to google,ayubalkish
NN

Wednesday, July 20, 2011

Friday, July 15, 2011

Lawak ini mungkin menyebabkan anda mendapat title DATO' dan femes

Holla readers, rasenyer semenjak vacation hari tuh mmg tak sempat nak menulis ape ape lagi dalam blog yang hampir bersawang. Nasib baik dapat curik mase lunch nie untuk say HI to uooollls.... Sehat ke uoolls?


Ok entry nie adalah entry ringan untuk menghiburkan hati uoolss yang lara. Oh lara ke? tak der kaitan sama sekali dengan ikan ikan dolphine peliharaan saya.

Pagi nie hati mak sangat terhibur dengan satu post di FB. Selalunya request ciput-ciput nie mak tak pernah layan sangat nok sebab tak sempat nak mencapai ape ape kalau dah kusyuk mengadap nombor. Tapi oleh kerana hari jumaat ini tuhan lapangkan sedikit masa dan ruang maka dapatlah pekerja contoh nombor satu ini meluangkan masa lunch nyer dengan menggodek FB(*bluwek*)

Begini citernyer( cer citer ... cer citer)
Kawan ku Hasnol telah menempek perkara ini di dinding fb nyer
1 - Open Google Maps ( get directions).
2 - Type China as your starting point.
3 - Type Taiwan as your destination.
4 - Read step 48.
5 - When you done laughing, type this in your profile so others can laugh too

Aku yang naif nie pun terus mengikut arahan. Seriously....


Klik dekat "Get Direction"

Sila baca arahan 48 dengan hati yang tenang dan tawadduk.. :)
Seriusly nie aku gelak sampai tepuk tepuk meja. Tiba tiba terpikir, kalau lah ade anak mesia yang buat arahan 48 tuh, konfem balik Mesia dapat title DATO'. Ko tak payah susah susah nak gajikan pekerja sampai 5000 orang untuk dapat Datukship.... Kelaasss ko Maria...

Mungkin anda jugak stret masuk olimpik wakil negara Malaysia yang tercinta
Tapi aku masih tak boleh terima kenapa google map quote jugak arahan yang macam tak logik sebegitu?

Tak paham tak paham tak paham

Sekian..
NN

Tuesday, June 21, 2011

Pre Vacation Note - Part One

Holla readers, mencuri sedikit masa untuk membuat sedikit update. Since not gonna be able to update when  away in Sipadan. Memberi sedikit bekalan untuk korang merindui mak nie....hahaha.


Just wanna share the pre-plan vacation. First, the idea of getting a diving licence was initiated by my BFF I-Know who seriously wanna say "HI" to barracudas. Aku pun decide untuk chip in. Mana tau kalau this is the very last time we spend good times before getting married. U know lah kan, kalau dah ada asben nanti restricted lah pulak. Mase belum terikat lagi nie, gunakan sepenuhnya.

Suppose kami berdua jer yang pergi but we managed to invite other friends to join us. Yeay! its a party. Dengan perasaan bercampur aduk, i dont know what to expect. I dont even know how to swim. Inikan pulak dive! So first thing first, Flight Tix. survey punyer survey , discuss punya discuss, tak cukup dengan YM, sambung texting each other and a few calls before we made up our mind. The good thing is we never see each other in a few weeks but  managed to agree on a same decision. So AA offered the best price compared to others. Terus je beli tanpa pikir panjang. This thing happen back in December, 2010. Ouch that's last year!

crime partners for sipadan from left cammy, i-kno and mE
Then we start discussing on the trainer's provider. Since I-know had referral, so we agreed to go for the same trainer. Seems everything is under single package, belasah je lah. Janji sampai sane tak payah pikir ape dah, cuma bawak badan jer. Heard that our package is a budget package and its meant for amateurs. HAHAHA. 

alo alo alo comey nyer dia.....
 Tunggu punyer tunggu, rupanyer esok lusa dah we all nak terbang. Leaving behind KL/Putrajaya for Mabul- Sipadan Escape. Ape lagi nak bawak eh?  Baju, swimming set, prayer mat, selipar jepang, sumer dah ade. Since aku nieh PBSM kat sekolah, aku sangat concern pasal ubat ubatan dan toiletries.


Tshirt dengan spirit vacation on the beach menjadik inspirasi!


Rejoice everybody!

NN

Monday, June 20, 2011

Long Awaited Vacation.


Holla readers.. im so gonna leave K.L for a relaxing vacation. Deep down under the sea... Meeting Ariel The Little Mermaid and his father King Neptune.. and her friends of course.

I would love to say Hi to Nemo and his father  maybe few snaps with barracudas... Oii Mak Datin!

Say Hi to Gorgeous T

All things are packed up and im ready for u Sipadan!

X o X o

NN

p/s: signature hampeh pulak tak jalan... pakai initial lah pulek

Tuesday, June 14, 2011

Thank U Little Miss Travelistah

Holla readers.. New entry..finally. Rupanya bila tengok balik dashboard aku nie punya lah banyak entri kepam. Semua nyer buat separuh jalan. Sudahnya, blog sendiri terabai dan terkapai kapai... Salah siapa "Mereka dan keluarga mereka"


Entri kali nie adalah entri berbesar hati sebenarnya. Sesungguhnya aku sangat hijau dalam dunia berblogging nie. Bukan ape sekadar mencuba sesuatu yang baru. Ilmu berblog nieh mmg lansung tak penuh di dada. Tetapi kalau ilmu membaca blog orang lain mmg aku expert. Dari dulu aku mmg pembaca blog tegar.. membeli online tak payah ckp lah..... memang ratu. 

Kadang kadang aku boleh saje saje gatal tangan untuk google tajuk yang aku nak carik, then dari hasil carian tuh kalau ader blog2 menarik, mmg akan diterjah dan follow. Sehinggalah satu hari tuh aku mencari "travelogue". Sesudah mengoogle, aku terjumpa satu blog yang baru mula beroperasi. entri dia pun baru 2. follower pun 2 orang je kalau tak silap. Tetapi aku suka baca entri yang dibuat. Semenjak hari tuh tidak pernah ketinggalan membaca entri entri bernas si blogger berkenaan. Cerita-cerita, gambar-gambar dan tips tips yang diberikan mmg best!. Sehinggalah pada suatu hari aku kena pergi "outstation " dan ketinggalan untuk membaca entri entri baru....


Bila kembali ke rumah, benda pertama ialah menerjah ke alam maya. Ye lah kekadang kita outstation tempat yang out reach sampai sangap takder tenet. Sedang mem "browse" blog list untuk membaca latest latest entri dari blogger2 lain, terbaca pulak latest entri dari blog travelistah nie..


Blooger ni namanya Zura Ahmad. Writing dia sangat santai. Korang tak payah nak crack kepala baca teruk teruk. Dan bagi orang yang suka berjalan macam aku nie, travelogue macam nie mmg menjadi pujaan hati ku. Selalunya travelogue yang aku baca semuanya dalam bahasa omputih tak pun france. Tapi tulisan blogger travelista nie dalam bahasa kita. Selain mengujakan, blog nie memberi banyak tips untuk bakal2 travellers. WOW!

Ok berbalik kepada citer aku tadik,Selepas berhari tidak online kerana di luar kawasan, aku balik menerjah pc kesayangan dan meng-hupdate dirik aku dengan isu2 semasa. kebetulan singgah di blog travelistah yang comey nie. Baca punya baca sekali aku terpana... "Mak aiih dah pergi Paris dah budak nieh"



Oleh kerana teruja dengan entri Paris dia, aku terus menyatakan keterujaan sebab dia dah pi Paris. Sedangkan mak nie baru berangan tulis itenery utk 3 hari  Europe Tour . Plan nyer mmg nak pi tahun nie tapi rasenyer nyer kena pi tahun depan atau selepas aku masuk DPA. hadoi lama nyer... Master degree pun tak habis belajar lagi, ada hati nak pergi berjalan jalan... 


Haahaha Tak sangka pulak si Zura ada buat contest. Terkejut terkasima mak. Usaha diteruskan untuk meneruskan baca entry entry yang tertinggal. Rupanya bukan lah contest tapi free gift untuk readers travelistah. Cuma aku nie tercepat sikit dari orang lain bubuh comment(dek kerana keterujaan tadik) tuh yang dapat hadiah. Terima kasih Zura XOXO...

Pink eiffle for me!
 Bukan itu sahaja...

ada baucer beauty treatment worth RM100! WWOOWW~
Oh thanks again Zura dear, hope u will have time to drop by and read this entry. Specially dedicated for YoU


Hugs and kisess

NN

Thursday, June 02, 2011

"Sekincan Ikan Bakar" Date wif BFF

Holla Readers, long hiatus bukan lagi perkara asing bagi blog ku nie. Kesian Encik Blog but anyway... I have story to tell. Yup story mory lagi ler ya.

Bukan saje aku membiarkan Encik Blog kesunyian, tapi nak allocate mase untuk jumpa kawan baik sendiri pun punya lah payah. Bukan kawan baik orang lain. Yang ader pun tinggal berapa kerat jer.. Pada satu hari yang sangat sempurna, my BFF telah mengajak pergi makan ikan bakar. Katanya mengidam. Wah! kalah orang mengandung. Aku pulak dalam keadaan lapar tidak berpikir dua kali. Terus kata "JOM!" Tapi dekat area Gombak (Yes we are Gombakclan) mane der ikan bakar tepi jalan yang sedap sampai menjilat jari.

Pikir punya pikir sampai aku dapat idea untuk pergi Sekinchan Ikan Bakar. Sedap atau tidak itu belakang kira tapi yang pasti nyer aku selalu ternampak yang restoran ni macam ade kat merata rata tempat. Tapi aku tak pernah nak masuk. Jadiknya, bila BFF dah mngidam, aku pun amik kesempatan untuk try-test.


Sementelaah nak sampai di rumah BFF, baru teringat sekinchan ada bukak cawangan baru dekat seri gombak. Kami pun tanpa segan silu terus pergi ke sana.


 Nak pilih dishes sendiri pun susah. banyak betul pilihan. paling tak tahan sekali "Ikan Ayam". Dia orang punyer staffs international. Semua bangla. Yang local pun berapa kerat je. Sekali mat bangla yang serve we all pun tanya..
Matt Bangla:: Akak mahu sotong ka ikan ka kerang pun boleh...
We all:: amik ikan lah.. Sotong tak best.
Matt Bangla:: Ikan banyak ada siakap.. keli.. merah..bawal... "ayam"..
We all:: eh kita tak mau "ayam", kita mau makan ikan bakar...
Matt bangla:: (Sambil buat muka seposen) bukan lah akak...itu ikan nama "ikan ayam"...
We all:: Ohhhhhhh......... Tapi still taknak juga..


Setelah mengambil masa yang lama untuk mengorder... baru lah mencari port untuk bersantap. Kebetulan pulak hari Selasa jadik kami pilih seat depan TV kekonon nak layan ASMARA yang dah nak mula lagi 3 minit. Sekali......


Dengan sedap rase pakcik baskin nie mengeport kan diri dia depan meja we all. Sudahnye..asmara ke mana makan kemana.. Alik alik dok layan pakcik baskin nyanyi sedap giler. Terima kasih pakcik sebab duduk depan we all.



we all makan sampai nak kena langgar dek kerete

So far, bagi aku kalau nak datang makan sini boleh lah datang occasionally sebab harga dia boleh tahan jugak lah.. kalau nak makan hari hari memang rabak poket seluar daddy.  Sebabkan pakcik baskin nyanyi.. aku layan ASMARA dengan baca subtitle omputih jer. tak leh nak feeling feeling..


 Balik dengan jiwa yang tenang setelah perut kenyang.. Till next time Sekinchan Ikan Bakar

Wednesday, May 18, 2011

Wednesday, April 27, 2011

Wordless Wednesday (*-*)/ ....



p/s: i think I'll never can post any wordless Wednesday.  See.. i'm writing few words sudah.... BYE!

Friday, April 15, 2011

Status :: K E L I R U

Holla readers, como dias? since lama tidak bercakap-an dengan Encik Blog, maka ditunjangkan satu lagi entri. Kali nie, lebih berinfomasi dan lebih dewasa (serius lah sikit)... Saya yakin(  bila masa pandai guna perkataan saya nieh) anda semua (kebanyakkan anda la) memiliki sejarah hitam yang sama dengan saya, iaitu STUDENT DEBT!

Senario umum
Disebabkan kita semua tidak dilahirkan dari keluarga yang ada - ada, jadik kita semua (peminjam-peminjam tegar) terpaksa atau memaksakan diri untuk meminjam kepada PTPTipu eh PTPTN... Basically, bagi student yang pinjam dari peringkat diploma jika dia belajar dalam masa 3 tahun ( 6 semester) mengikut subjek adalah sebanyak RM12K-RM20K. Kalau bijak belajar dan ingin sambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, kena tambahan sebanyak RM20K sehingga RM40K mengikut kelayakan. So basically, by the time he/she fully graduated, the student loan will be accumulated up to RM 60K. WOW! there's a lot of money.. Patutlah ramai student sekarang masa belajar pun dah start buat side income. Susah jugak jadik student eh... 

Senario diri sendiri: 
Aku bersyukur kerana situasi aku sedikit baik dari situasi umum di atas. Sementelaah habis SPM, aku sambung ke peringkat Sijil Matrikulasi dan seterusnya layak menjejakkan kaki ke Universiti. oleh kerana ibu dan ayah dibawah kemampuan untuk menghantar aku belajar, pada hari aku mendapat surat tawaran, aku juga telah pun diberi pinjaman PTPTN zuuppp terus 1.5K untuk tujuan beli tiket flight  dan registration.....maklumlah belajar oversea ( yang ado). Then bila dah mula semester baru lah aku diberi borang PTPTN yang lengkap untuk diisi. Jadik, PTPTN telah menjadik sugar daddy aku selama 2 semester walaupun mendapat separuh kelayakan. Ok lah tuh kan dari tak der lansung....

Oleh kerana aku nie sedikit pandai(sikit jer) aku pun berhajat untuk memohon biasiswa kerajaan. Mana tahu ader rezeki tak payah lah berhutang banyak sangat kan. Alhamdullilah aku ader sugar daddy baru selain abah aku which was JPA at that time. Aku memotong PTPTN aku. Dengan bangganya aku menulis surat dan menghantar sendiri dengan tangan ke pejabat PTPTN untuk menamatkan pinjaman. Alasan yang diberikan, mudah - telah mendapat sugar daddy baru (Opps!) Dalam surat yang sama, (tahun 2004) aku juga memohon jasa baik PTPTN untuk memanjangkan waktu bayaran balik kerana aku masih dalam tempoh belajar (baru  first year mase tuh). Dengan hati berbunga-bunga terus menyambung kembali pelajaran tanpa mengetahui bahana yang sedang menunggu (jeng jeng jeng).

Setelah tamat pengajian pada 2007,  sebulan selepas convo, ketika sedang terkapai2, mencari kerja kerja yang boleh menampung hidup, tiba2 datang surat lawyer. Aku disabitkan kesalahan kerana tidak membayar pinjaman... Gile ke ape.... keje pun dak lagi mane nak cekau duit....  mase tuh dah pikir nak jual nasik lemak kat depan pintu rumah dah.... Jumlah pinjaman aku banyak pulak tuh RM3.7K (banyak nyer aku hutang!!!) so pelan pelan amik upah urut orang, sapu sampah, jual dekat pasar malam agar ada pendapatan (boleh percaya ke statement dia nieh)... So aku pun mmg nak menunjukkan ketidak-setujuan... aku tak mo bayar jugak sampai aku dapat kerja... (tekad betul aku mase nie) Sebab tuh aku dapat title "Peminjam Tegar". Surat yang aku hantar memohon cerai dengan PTPTN rupanya hilang dan tidak direkod. Nasib aku lah kan....So buat dek je lah...

gambar hiasan
 Tapi sekarang aku dah mula berkhidmat untuk rakyat dengan sepenuh masa, aku telah mula membayar dengan kadar yang berpatutan. Serius betul  bunyik kes aku nie... Disebabkan aku nie peminjam tegar dengan jumlah pinjaman RM3.7K aku pun dapat surat Imigresen. "Anda telah disenarai-hitamkan untuk travel oversea..".    Ouuch.... baru plan nak pi Canada tahun 2011, tour Europe 2012 -  macam mane nieh....???

MACAM MANE NAK TAU KAMOO TUH SUDAH DIBLACK LIST?

Senang saje. Kamoo boleh melayari laman web PTPTN dan pergi ke bottom part of the page..


Nampak tak kotak wasiat tuh wahai peminjam ingkar sekelian? Sila Klik klik kat situ...


Tapi korang ada pilihan lagi, sama ada belum buat bayaran atau memang orang minyak (sebab dah kena senarai hitam) Mari lihat status saya (Nota: saya masih dalam proses untuk membayar dengan gigih jumlah pinjaman saya yer)

and guess what.....
Owww. Entri ini pengakuan berani mati tapi gua tak heran, sebab gua bayar tiap2 bulan (Gagagagagagaga)

Tapi setelah membayar dengan gigih sekian lama (takder lah lama sangat) dan jumlah pinjaman pun sudah sampai ke hujung hujungnya aku terjumpa satu website yang boleh menyemak status  imigresen warganegara Malaysia. (Yes for you Malaysian!)

Kamoo semua boleh pergi ke laman web Jabatan Imigresen Malaysia

Mari semua kita sama sama tengok status mak nie. Boleh ke tak kita pi Canada tahun nie? Bismillah.......

Status:: Saya keliru... Memang dia suruh bayar ler sampai habis ate hutang kamoo tuh.. Aku kan dan bercerai dengan PTPTN. Dia boleh suruh pergi "rujuk" pulak... Tunggu jelah sampai habis bayar. BUkan nyer lama lagi pun..... Hahahahaha (gelak jahat).

M.O. R. A. L:  
Kalau dah berhutang, rajin2 lah bayar.. kesian kat adik-adik atau anak2 kita nanti dah takder PTPTN nak tolong. Bayar konsisten pun boleh mengelakkan anda dari disenarai hitam. Tak payah lah risau nak bayar bebanyak. Bayar lah setakat yang mampu mengikut keadaan semasa. jangan sampai gaji 5K pun consider tak mampu lagi..Ciss Bedebah! Buat adik2 yang tengah study tuh..Jgn risau sangat... PTPTN pun takde lah kejam sangat sebenarnya. Yang penting,  kalau nak tangguh bayaran make sure inform bebetul dengan PTPTN. Diaorang bagi punyer ....

 Lepas dah habis bayar nanti, korang akan dapat surat cinta dari PTPTN. 
via Nadia Corner

p/s: nak pergi Canada ke Europe terus eh? Macam nak pergi Hong Kong pulak...

Thursday, April 07, 2011

oH Natasha Hudson ......

Holaa readers, entri kali nie adalah entri balas dendam dekat kakak aku, Ras Nadiya pasal artis dan twitter..... So korang layan je lah....


Last february, kakak aku celebrate birthday dia. So on her birthday,  dia dah tweet Tok Ti and Pak Nil wishing her birthday blast (sangat tak malu). And guess what, both Dato' CT and Pak Nil reply to her. Kecoh satu taman  lah jugak....... Konon konon lah kan...... Come on lah uni, awak ingat awak sorang jer ker dapat reply tweet dari Tok Ti..... orang lain pun Tok Ti reply lah......

Tapi yang pastinyer orang lain tuh bukan lah aku sebab mak mmg tak pernah tweet CT pung... Kalau tetiba Tok Ti personally...tweet aku...haa tuh MAYBE  kecoh satu taman.......

Tapi Uni, setakat tweet wish birthday tu sangat biasa..... tapi kalau tweet Hello Sayang......nak kata ape?


 Kau ade?

dan pagi esoknyer...

p/s: sila add twitter Natasha Hudson @mishytasha uollls


XoxO,