Pages

Wednesday, January 26, 2011

Musiclovin" - Bruno Mars : OMJAYS... He is Coming!

Hola readers, Good to write again.. Anyway, Have u guys read my entry on Mars. I'm so excited  and its like running down the hill... Have u guys heard the news?. Its all over  twitter and Fb.

via {www.brunomars.com}




Go to this site, scroll down...... down........ down..... and


Here u go!


Finally peeps. April 10, 2011 @ PWTC

Cheers,

Tuesday, January 25, 2011

Ikea oh Ikea

Mood Tumblr!



Inilah akibatnyer kalau terlalu obsess

 Cheers,

Friday, January 21, 2011

Entri Buang Tabiat

Armani
Just thinking of having this Armani on My Big Day eventho it is not at any time soon. I've fall for this dress....
-kagum-

Cheers

Breaksfast yang Ditaja

Hola Readers, masih dalam Mood Holiday? Me too, I am Friday Blues today. Tak puas rasenyer sehari bangun lambat. Kalau boleh nak bekerja dari rumah (konfem tak bekerja lah aku cam nie). Tapi aku gagahkan jugak badan yang lemau ke tempat kerja. 

Hari ini MRR2 sangat amat mendukacitakan. Aku ingat ramai yang lajak cuti thaipusam namun aku salah. Kelass nyah hari nie mak lambat datang opis. Selamber betul. Baru nak berazam untuk tidak datang lambat lagi. Adoyai...

Akibat cuti Thaipusam yang banyak melalak di karok, perit tekak aku hari nie. Mula2 kuis kuis encik Google untuk carik resepi Air Asam Jawa yang mujarab. Tekak ini perlu dirawat. Chewah... Sambil - sambil meluncur encik Google, perut aku dah pasang lagu kebangsaan dia. Jadik aku kebuntuan ingin breakfast ape pagi ini. Bukak beg karung ajaib aku  dan aku jumpa...jeng... jeng.... jeng....


Friday Healthy Breakfast
My Lil Sista sudah tapau kan aku itu rrrrrroti sama garlic spread(yummy) and mama sudah bungkuskan epal untuk kudapan di opis hari nie. Dengan pesanan "Jangan dok kunyak jajan sangat satnie gemuk lagi"

kawe pun speechless

Tuesday, January 18, 2011

[Review] The Manjakaki Foot Reflexology

Holaa readers, entry ini telah diperam dengan jayanya dan sudah bersedia untuk dimenetaskan(betul ke ayat mak nie) Tak kisah lah . Janji publish jugak kan. Saje nak share dengan korang korang semua yang shoppaholic macm aku nie...Plus, suka jenjalan jalan langkah besar dalam semua shopping mall. Confirm kaki rase sengal dan kebas dan rase macam nak patah dua belas.

Panjang betul pendahuluan...tapi aku nak syor kan satu tempat nie...urut kaki mase half-time shopping so lepas urut boleh terus sambung shopping for second half pulak.


Kedai yang best nie terletak dekat dalam TESCO Ampang. Area Cempaka tuh. Nak dijadikan cerita, aku balik kerja dan Bonda mengajak membeli barang dapur di TESCO. Kena pulak hari tuh sehari suntuk aku pakai heels. Nak patah 12 dah kaki aku bila bonda mengajak shopping tapi digagahkan jugak (Saya memang Gagah).

Jalan punya jalan punya jalan, beli punya beli sekali kaki rase macam dan boleh buat sup tulang(Lemau Lemau). Bonda pun berkata "Marilah wahai anakku, kita berehat sebentar sambil menghilangkan pegal di kaki". Aku pun seperti Saya yang Menurut Perintah....

Sila layan gambar bonda merawati kakinya yang pegal...

Bonda sudah bedengkur?
rawatan air garam sebelum urutan dimulakan

hiasan dalaman pun not bad walaupun kan....
untuk lelaki
Kalau korang pergi TESCO ampang carik kedai nie dekat depan kaunter 28


Service mmg best, kedai pun sangat tenang dan relax walaupun nampak seram dari luar.... huhuhu

Ok guys, Cheers

Monday, January 17, 2011

The Day Has Come..14 January 2011

A M A R A N: Entry ini Penuh Gambar

Holaa readers, today i was messy in heart. Perasaan bercampur baur. Leaving my wonderful team at work. Kerana Job Rotation, aku yang menurut perintah akan bertukar ke seksyen baru. Tak pe Niniey, Hidup mesti diteruskan. Bak kata Priscilla ...

"Saat saat getir tak pernah berakhir... 
Hanya yang tabah saja dapat melaluinya"

Memang getir jugak lah ....Mari layan my January 14...

Hadiah dari Yuyu and Yan yan
Best giler citer nieh
Priscilla

suprise!
Last words? No?

Ucapan??
 The team


Gonna Miss u Guys a lot...  Thanks for Everything.. Good or Bad...

Cheers,


Wednesday, January 12, 2011

Kempen....kempen...kempen

Holaa reeaders...hari nie mak nak berkempen sikit pasal Hijabis dan Hijabis wannabee. Oleh kerana mak terlalu obsess dengan tudung dan perkara perkara seangkatan dengannya, dengan segala hormatnya nak me-war-war kan satu kempen yang dilancarkan oleh Sue Anna Joe. [Entri ini adalah re-blog entri anna]


Bagus kan...? Motivasi untuk diri sendiri juga..

Cheers,

Monday, January 10, 2011

Mari Mencuci List.....

Holaa readers, Januari yang agak hectic.. baru baru nak panas kerusi dah kena tukar pulak. Sekali -sekala terbuka dan terbaca Muka Buku sendiri ("ter" ke?) tetiba aku jadik perasan akan sesuatu benda.......


Profile muka buka aku yang sangat humble kini mengejutkan aku sendiri dengan kehadiran angka angka yang kurang menarik perhatian. Kekadang terpikir bila masa aku ader kawan sampai 1K++ ?  Dah dekat 2K plak tuh... Nie mesti banyak set set merapu dan merepek dalam fren list aku. So azam bulan januari nie, aku nak delete/cuci bersih frenlist aku. Biarkan batu permata dan hanya yang mendatangkan manfaat jer tersenarai. Bagi yang kaca mahupun hampas2 boleh ditapis sudah... Tolong ingatkan aku deh!!

Cheers,

Friday, January 07, 2011

Tahun baru .... Langkah Baru


Holla readers, semua baik-baik kan... ok latest news fresh from oven. Job Rotation. Dia datang jugak akhirnya. Sad sad sad.... Leaving behind the most wonderful team ever... Perolehan. Ok.. Hardwork might sound different to me tapi aku akan lebih berusaha. Belajar lebih banyak dan mungkin defer my semester in UPM.(???) Oh well i gonna miss everybody in Perolehan.


 Jom Layan Lagu nie

Melawan Kesepian - Siti Nurhaliza

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti

Cheers...

Tuesday, January 04, 2011

Its A New Begining - Hello Twenty Eleven

Welcome Twenty Eleven
Hollla readers.. Having good time last year? Its a new beginning for everyone in twenty eleven. Same here. kalau boleh aku sudah tak mo buat entri sorotan 2010. Biarkan ia berlalu pergi dengan senang hati.
Seperti biasa, bila masuk tahun baru mesti cliche sangat sebab semua nak promote azam tahun baru memasing. Aku pun ade babe.. Malah, (fuyoo fes time guna perkataan malah) mmg sajer aku nak publish kat sini sebab kalau tak buat mmg  malu sedunia.(Hahaha gelak jahat untuk diri sendiri)

Baiklah,  mari kita mulakan  My Resolutions List of Twenty Eleven

S A T U
Gambar random ini ihsan dari google
Beli jam baru. Sudah 3 bulan tangan kiri aku ini togel dan aku selalu terkejar kejar bila nak catch things. Jadi terpaksalah belajar menabung semula.
p/s - kachin!

D U A
Mahu Lappy baru sebelum Julai (sekiranya tabungan aku mencukupi) harap2 ada yang sudi bagi sponsor(yeay!) 
p/s: Abah, do take note
T I G A
 Melunaskan baki hutang ku yang mmg sedikit tapi liat nak bayar(tuhan saje yang tahu) sebelum September
p/s: nampaknyer kena start jual nasi lemak nie

E M P A T
Memandangkan BFF Jaja Khuzaimah ingin mengakhiri zaman bujang, aku perlu memikirkan baju yang mesti disediakan untuk wedding of the year itu. fening ...fening...
p/s - dah lah kena buat warna itam dan merah....ayooyoyo bridesmate lah katakan

L I M A
Welcoming my new ride this year (insya allah)
p/s: Ya tuhan..i really need this

E N A M
Rearrange my crib (Major arrangement)

T U J U H
atau
 
Membeli gadget yang terbaru..hehe asyik membeli jer kerja nya. Bila masa nak menabung. Tabung kawen kosong lagi nie
p/s: pedulikan...

LAPAN
Menambahkan warna warna di dalam hidup aku terutama aura sekeliling supaya tanaga positif lebih banyak terhasil. 
p/s: asyik asyik hitam...balik balik hitam...tak der kaler lain ker?

S E M B I L A N
Diving license mungkin...somewhere in June... in one of the greatest island in Malaysia
p/s: kopak la duit aku lagi... kena start jual air tebu kat pasar malam nie

S E P U L U H
Kalau sempat melunaskan PTPTN dan tabungan masih berbaki... mahu travel pi Canada
p/s: angan angan tinggi melangit.


Sengal bukan..? Aku memang sengaja letak kat sini azam tahun 2011 kat sini biar semua orang tahu.... Kalau tak terlaksana pun boleh carry forward twenty - twelve (Double yeay!)


p/s: entri ini 100% untuk motivasi diri sendiri. Tidak ada kena mengena dengan orang lain punyer azam. Termasuk azam tahun lepas yang di bawa kehadapan-mahu kuwus
~nggee~

Adios,