Pages

Sunday, August 29, 2010

National Library...... here i come


Hola reader.....sudah lama nggak ketemu...(wah  sejak bila guna bahasa indon)....simpang lah...ok ok hari nie aku ade satu benda nak citer...

Muka tak sabar nak pi Library..
Buat penghuni- penghuni KL yang selalu atau pernah ke National Library mesti dah tahu perkembangan terbaru National Library.Sampai lah satu hari nie bila aku nie dah jadiik student balik + plus study in KL...perlulah merapatkan drik ke library...alasan nya senang..asgmnt yang memuncak...aduh sakit kepala....tetapi seingat aku...kali terakhir aku menjejakkan kai ke natioal library adalah pada tahun 1992...when i was 8 kalau tak silap....wow..almost 18 years since then...ok cut off the history..nak jadikkan cerita aku pun pegi last saturday dengan syeira...my sister..yang kelakar nye..setahu aku nak masuk library kena pakai kad...hmmm dah 18 tahun...kad library aku pun ntah kemana.....yang best nyer..aku masuk lah menuju ke kaunter...dengan harapan nak buat kad baru.....isi borang macam nak buat nak buat Kad baru
Aksi propa ketika sampai library selepas 18 tahun...
Setelah aku memanjangkan borang aku ke kaunter...tetiba akak kaunter tuh pun cakap..."dik, awak nie pernah ader kad yer dulu...."aku kaget lagi terkejut. Fes, dia panggil aku "adik"...wah maybe aku nampak sangat muda...Wah and second, mane dia tahu aku ader kad duluk...?..So memang penyamaran aku tak jadik lah..aku ingat kan dapat lah buat kad baru..so tak payah bayar....tak sangka data aku yang dekat suku abad pun dia simpan...Yelah name pun Library kan.....so tak pasal pasal aku kena bayar 5 hinggit.-caj untuk renew Kad....So akak kaunter tuh pun cakap lagi....."dik mintak IC..." Wah adik lagi...tersipu sipu aku malu nak kuarkan IC aku...akak kaunter yang Berdedikasi pun meng Key-in beberpa info kedalam pc n tadaaa...dah siap Prosesnya...akak kaunter pun return my IC dan tersenyum..terima kasih ...sila datang lagi....

Aku pun tersenyum juga tapi dalam masa yang sama..aku pun tunggu kad library aku yang telah ku renew tadik...asal akak kaunter nie tak bagi2? or aku kena seminggu tunggu baru kad siap....akak kaunter macam dah tak nak layan aku....ooohh kaget nie...nak tanya ke tak nieh..?   So aku buat muka selamber je tanya akak kaunter tadik..."Kak kad saya mane?  akak kaunter tadik muka dah kebiru biruan....sambil menjawab"sekarang dah tak guna kad dah dik...kita guna IC...dah lama dah tak guna kad...." Ya ampun..muka aku nie macm nak simpan masuk dalam poket seluar....MALUNYER...tuhan sajer yang tahu....my God....hish..maintain senyum,aku pun cepat2 belah darik kaunter puaka tuh.... dah lah bulan puase..dapat malu selepuk....Oh no.....

Gedik gedik terus naik tempat baca tingkat 3..mase sampai pukul 945 pagi..mane der orang...library tuh dah macam bapak aku yang punyer...Wah...aku pun sakan pi carik buku2 yang KONONnya boleh membantu aku dalam asgmnt yang menompok nompok....and syeira...stay kat meja sebab dia dah siap2 bawak kerja sekolah dia...huhu...oh ye dalam library tak leh bawak camera..so aku amik gambar curik2....mane yang sempat...
Syeira propa belajar nieh...

Hep..jangan bising dalm library ok

Dalam banyak2 menda aku tertarik dengan satu buka architechture( boleh tak lari topik dari buku yang nak buat asgmnt....) aku terlupa yang aku datang nak buat asgmnt communication..tapi aku pi amik buku architechture...khusyuk giler aku baca buku tuh....tajuk dia The Loft...
terlampau khusyuk.....

Buku2 yang sepatutnyer aku bace
Tapi sebab terlampau sejuk dalam library aku pun amibik keputusan untuk buat aktiviti jalan2....tengok tengok kawasn macam YB...and melihat keletah "budak-budak" zaman sekarang pegi library....pakaian tuh macam nak pi Pavilion....adoi sakit mate mak..... pastuh...library tuh dah jadik tempat discussion..walaupun masing2 cakap tak kuat tapi kalau dah seratus orang bercakap serentak...tak ker serabut.....? tetiba sedang aku berjalan...aku kembali ke meja...aku nampak pari pari.....iye pari pari macam dalam filem Duhai si pari pari lakonan Liyana Jasmin dan Que haidar.....

oh tidak.... again i met a fashion victim.......

Duhai Si Pari Pari yang aku jumpa..(P/s:gambar curik)
Dalam banyak banyak baju yang ade kat dunia nie..boleh si budak pompuan nie pakai putih dari tudung smapai kasut....mmg mati2 aku ingat ader pari2 datang malaysia.....wah sekali nanti bila aku tanya nama dia ...kot kot lah dia jawab..."Nama saya pari kak!"...ohh horror....tak bermakna u girls pakai baju putih top to toe tuh...u alls nampak suci dan innocent....salah tema lah dik...kesian aku tengok..

Basically itulah pengalaman aku kat National Library...oleh kerana bulan puasa..library tutup 430 pm...biaselah tuh starndard arr...oh yeah..kalau korang nak tahu...main building nieh tak pinjam pinjam buku ok...kalau nak pinjam..kena pi kat belakang library nie....ade satu lagi bangunan untuk Pinjaman sahaja...harap tips ini membantu untuk sesape yang dah lama tak pegi national Library


see ya

Hasta Pronto

xoxo

Thursday, August 26, 2010

Satu lagi ketakutan Bermula

Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa readers...

Setelah beberapa hari meninggalkan Encik Blog ku kesepian(sorry sangat encik blog kita tak sengaja)..hari nie aku tertarik untuk bertegur sape dgn Encik Blog...hehe Miss Morning hari nie pun pepagi dah buat hal...kejap boleh connect internet kejap tak...macam mane nak buat kan...sebab tuh lah lame aku tak bermesra dengan encik Blog....

Seperti biasa setiap hari aku melayari...buku...(wah! macam ulat Buku bunyik nyer)...sebenarnya Muka Buku...hehehe sekali lagi terbaca benda best yang nak share dengan UoLLsss. Im going to share what Farah Salwa Aznan had shared tru her FB page...(Good Job Farah)

***************************************************************

Silakan pd yg nak share, ini pun diterima dr seorg rakan dan sy pasti dia pun menerima dr rakan yg lain.. sharing is caring ;) mcm tahu2 je, sbb smlm tgh drive, mulut ni mula nk ikut menyiulkan rentak lagu nih.. haiihh.. maklumla balik keje bulan2 posa ni jln jam aje... credit kepada penulis asal yg sy tak dapat pastikan siapa, moga kita beroleh manfaat..
~by Farah



Pesanan to Alejandro.... Baca sampai abis yek...

Assalamualaikum.. Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni. Insya-Allah.. Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ni. Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah..Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..
Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah keweb ni http://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..

Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.



Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salahsatu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memeganghexagram sebagai tahanan berbaris.

"I know that we are young.And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."


Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam danmembawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hatibiasa biasatapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang samamacam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).. Google untuk baca lebih lagi ..


But I just can't be with you like this anymore, Alejandro.
Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .. Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?


Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - TheAll-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifatsejati dari kekuatannya.




Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah 'mind-control slave' .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna.


Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : "Stop,please, just let me go, Alejandro" .Sebaik saja diasebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia.
"She hides true loveEn su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."
Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan..

Selepas sahaja lirik tu... Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?


(Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)

Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas.. Ada banyak sangat simbol salib terbalik . Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..

Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan ..

" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (...) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of whitemagic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed." - Manly P. Hall


Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan.
Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan)

Don't call my name , Don't call my name, Bye Fernando ..
I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)

Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga, menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.


Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakandalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer..

(Gambar ini sengaja aku sisihkan sebab gambar Jesus)-malu rase nak letak dalam blog Wannabe nie....
I'm not your babe I'm not your babe, Fernando.
Waktu menyebut perkataan Fernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu(yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tubuat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri.Kita yang kena solve apa makna dia..

Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gaga dah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyi sambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :

" Don't call my name,Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "



Dan di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan? Insya-Allah pasti ..

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae. Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spiritual lain. Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam? Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...

Cik Gaga ni membawa bersamanya semua agenda illuminati dan tak tahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragu dengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga.Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebutLa-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai.Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan ia hanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kami dari tipu daya syaitan dan sekutu nya.. Amin ya rabbalalamin. Sumber asal: vigilant citizen :)


Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"(Al-Isra' 17:36)



Tak perlu minta izin, silakan pd yg nak share, ini pun diterima dr seorg rakan dan sy pasti dia pun menerima dr rakan yg lain.. sharing is caring ;)


Credit kepada penulis asal yg sy tak dapat pastikan siapa, moga kita beroleh manfaat..


Till Then....

~Hasta Pronto~





Friday, August 20, 2010

Sedikit Buah Tangan For My Muslim Readers.

Holla...Salam untuk Semua....

hari nie dah Sepuluh hari kita berpuase...Wah (cepatnyer masa..) aku rase baru 3 atau 4 hari pose.... anyway..terjumpa sesuatu yang menarik di muka buku..just nak share dengan u ollss....
Sila kelik link dibawah

Kalau lah bacaan Imam kat Mesia nie macam nie.....

Sangat Kagum tak u Olls semua...?? aku sangat KAGUM pagi nie....harap suara aku juga dapat mencapai setiap pitch yang IMAM MUDA  nie laungkan...tapi harapan jer lah.....

Hasta Pronto

XoXO

Thursday, August 19, 2010

Membawa Misi Negara

Hollaa readers(wah grand gituw opening)....sudah lama tidak bermesra mesra-an dengan encik Blog...oh aku merinduimu (sambil jari kuis kuis dekat screen)...Entry kali nie takdelah gempak sangat seperti tajuk dia. Saje nak hangatkan suasana opis nie yang dah macam kilang buat ais....

Misi Negara....Korang mesti tak tau apekah misi yang digalas oleh aku....haha...Macam nie citer dia;

Sepertimane yang semua maklum (kenapakah aku skema?) aku telah pun berjanji untuk Berkhidmat untuk Rakyat dan Alhamdulilah aku telah pun mengangkat ikrar itew pada November yang lepas..(dalam erti kate lain aku dah diterima sebagai PTD). So bila mane Berkhidmat Untuk Rakyat di KPT memang lah harus kita mengangkat atau menjulang martabat pendidikan negara. (hebat tak ayat aku?) So aku telah meng-join-kan diri (dipilih dan redha kan je lah)dalam satu satu Program yang dipanggil Program Kenali Masyarakat Orang Asli anjuran KPT dan UNESCO.Program Kenali Masyarakat Orang Asli dalam usaha untuk menyokong matlamat United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) bersempena dengan International Day of the World’s Indigenous People”.

Banner Perasmian (wah dia guna slide show je)
Program mendapat kerjasama JHEOA(Kira dia orang nie Tuan Rumah lah). Tentatif Program yang sepatutnya 5 hari telah menjadik 2 hari akibat kekangan masa yang melampau. so redha je lah. Objektif sebenar adalah untuk memberi kesedaran kepada Pegawai Pegawai Muda KPT supaya dapat "menyelami" Suka duka kehidupan masyarakat Orang Asli kat Mesia nie dan bangunkan dasar2 kerajaan yang dapat membantu golongan ini agar dapat hidup dengan lebih maju dan setanding dengan kaum2 lain. OK enuf say lah..karang korang baca karangan budak master yang tak berapa hebat nie mengantuk pulak..kita selit gambar

Aku sangat tegar berdirik di bawah terik panas mentari
Perjalanan 2 hari bermula pada 730 di KPT bertolak ke Muzium orang Asli di Gombak (belakang umah aku jer tapi haram lah penah pegi). Bergedik gedik sakan kat muzium tuh sebab urusetia tak nak lah we all yg tak penah tgk orang asli nanti bila dah sampai kampung OA, lebih jakun dan over excited. So tujuan lawat muzium nie sebab nak bagi pendedahan Awal lah...(maaf ..ayat saya skema) Beside muzium we all pi Library dan hospital OA yg terletak sekangkang zirafah(sebelah pintu je kowt).
dengar ceramah lah KUNUN...

Briefing dari Pegawai JHEOA. Pakcik ni sehidup semati dengan JHEOA. Salute spring sekalik....
Haa..ni lah yg excited lebih...nak pi jumpa depa lah nie...

Happy tak.....harap korang puas hati.....hehehe gempak nie...


eh nape?






nak gambar lagi ke?







ok layan je lah....


hasil kerja seni aku..eh eh (selamber mengaku)
Sape nak kawen..kat sini boleh tempah pelamin.
Lepas lawat lawat muzium nak on da way pi Library..ade show Tarian Sewang.. meh meh datang sini... happening woo

Disebelah aku nie kawan aku sebatch.. name dia azwa. Dia lah dalang disebalik kejadian ini......




Hospital OA dokter dari Indon..Sangat WORLD standard

Gambar library tak sempat nak amik sebab khusyuk sangat bace buku (tipu-tipu). Bila dah gedik2 jalan..berpanas-panasan..we all pun lunch kat sini dan as solah..pas tuh ..saat yang paling aku tunggu...bergerak pegi ke Cameon highland untuk bertemu sanak saudara kat sana....(mak aiih) statement... Perjalanan ke cameron aku tak amik gambo pasal zzzzZzzzzZZZzz sepanjang jalan...ngeh ngeh ngeh jadik kite terus ke episod sesampainya rombongan cik kiah di cameron...


masing masing ceria lah bila sampai cameron...ngam ngam maghrib sampai sane
Para jejaka mengangkat segala beg humban dalam Lori


Korang jangn tak tahu.. bas nie parking kat tepi hiway je...we all kena naik lori pulak untuk masuk ke Perkampungan OA. Masa perjalanan lebih kurang 15 menit ke dalam....hutan bana.. Agak mencabar..tapi sebab aku sangat jakun..so..It was so much JOY for me....

Sesampai je ingat dah boleh makan tapi kena jalan masuk ke dalam lagi untuk sampai ke kampung tuh...Hmm

Aku pun tak dapat nak bayangkan macam mane Penduduk Kampung Boh ni buat welcoming treat kat we all but i prepared for the worst.

Ha..ini adalah Welcoming Treat yang we all dapat..plus Welcoming Dance
Penduduk tengah buat tarian Sewang..tapi camera ku sgt amatur...sorry
p/s: banyak nye entiti paranormal kat sini

khusyuk dalam sesi dialog bersama Tok Batin n JHEOA
Dalam sesi dialog bersama Tok Batin n JHEOA, kita membincangkan masalah yang dihadapi oleh anak anak Masyarakat OA dalam mengikut pelajaran dan pembelajaran seterusnya menjejakkan kaki ke Menara Gading.... Wah..wah..wah...hebat dowh bunyik nyer... Lepas sesi dialog nie..we all makan..pastu prektis nari tarian sewang dgn penduduk kampung..pastu makan...pastu aku dah sgt ngantuk n masuk balik chalet untuk tido...penduduk kampung bersama pegawai yang lain karok(karok?) sampai tengah malam......Aku pulak tido tido ayam sampai nak dekat subuh...baru nak lena kaw kaw..tapi usaha ku itu terlambat sebab kena bangun cepat..bilik air satu je....pastu agenda seterusnya pukul 7 pagi...uwahh..aku sangat ngantok lah hari kedua..tapi masih excited...(masih kah?)

Ni chalet kita orang..Pondok buluh....angin masuk atas bawah k....

Budak budak yang sangat CUte

Misi hari kedua adalah melawat sekolah yang kawasan kampung tuh...so tgk lah kemudahan yg ado. Anak2 orang asli ni sangat cute dan pemalu. Dia tak selalu dapat visitor...lebih2 lagi visitor yang vouge macam mak nie...mesti diaorang pelik pelik bagai..tapi ok jer....Solution nyer..we all bawak UMPAN banyak banyak...UMPAN mereka adalah gula gula...

Sesi melawat sambil memberi UMPAN. We all lawat semua kelas.


Dekat sini aku dapat found out lah kenapa bebudak nie sumer nak pi sekolah..Selain sekolah itu wajib, Cikgu kat sini almost semua lelaki...dah lah tu ..Good looking plak tuh....Patut lah zaman aku sekolah tak der cikgu laki encem2...rupanya dihantar ke kampung2..Cis..kempunan aku..anyway..Sila hiraukan ayat ayat mengarut itu dan terus ke MISI negara tadi. Sekolah OA kat sini kalau nak ikutkan mmg lah daif kalau nak dibandingkan dengan sekolah2 baru kat bandar(sekolah kat bandar sekarang nie design dah macam pejabat daerah) Tapi they have all the necessities. Ok lah kan....Pencapaian sukan memang tip top cuma akademik tuh masih boleh diusahakan lagi. aku rase dah dapat idea ..ape yang nak ditambah lagi kepada keperluan bebudak nie...tunggu kalau aku nanti banyak duit...doa doakan eh...

Melawat sekolah sampai lebih dari tiga jam....we all pun jalan balik ke kampung tadik untuk aktiviti seterusnya....aktiviti berjimba jimba bersama penduduk kampung.. Ohh I love it...aku paling menunggu acara menganyam....

Bersantai bersama penduduk kampung
Pegawai lelaki VS jejaka jejaka OA-volleyball friendly match

Banyak gak acara yang we all buat...Kebetulan hari tuh ade pemeriksaan kesihatan oleh pegawai Kementerian Kesihatan kowt..so depa beratur amik ubat kat balai raye..main bola tampar..aku belajar menganyam..main sumpit sumpitan...pastu..kita makan lunch ...(kari ayam yang sangat sedap)....an then terus kepada majlis penutup. Ucapan ucapan yang sedikit bosan dan Tarian Sewang sekali lagi. baru aku tahu rupanya orang2 bandar nie gian menari sewang... Abih sudah tentatif program nie..selepas berkemas meninggalkan chalet dan berangkat ke lori untuk bertemu dengan Bas Che Kiah.. Its time to go home. I Miss KL so much... But After ALL, it was a fruitful visit to Kampung Boh Cameron Highland..wish to come back...one day....

Balik KL...kena buat laporan refleksi...untuk kajian kali nie.(kan seronok kalau kajian buat macam nieh selalu) ngeh ngeh ngeh.....

Sampai sini dulu ..


Hasta Pronto



Friday, August 13, 2010

Muda...Gojes...dan ..Gemuk

Wah entry kali nie sangat sensitip lebih2 lagi untuk mereka yang di luar sana yang seangkatan dengan aku...Gadis gadis OVERWEIGHT. Memang lah agak memalukan kalau orang label kite GEMUK tapi nak buat macm mane kan....Ada orang tuh dari spesies yang sama...Makan 5 pinggan pun badan
macam PLYWOOD tapi gadis GEM's (singkatan dari gemuk) sampai penah tak makan tiga hari... badan maintain jer.....maintain gemuk hahaha

Anyway rase nye dulu mase muda-muda(mude ke?) mmg terasa giler kat hati kalau orang kata GEM's atau kata-kata cemuhan yang seangkatan tapi bila pikir2balik.... Kalau gemuk tapi sihat tak der masalah kan...tapi kalau gemuk dan sakit itu ini.. tuh yang kena pikir banyak kali... So far keadaan aku OKAY~alhamdulilah....

Adibah Noor adalah sumber inspirasi dan semangat aku

Tengok macam mentor Adibah Noor. Plus Size and Fabulous....oh mak sangat suke....yang penting she's stands out with the image. Pedulikan ape orang nak kata. Bukannyer makan pakai kiter orang lain tanggung kan... So Plus size ladies....be Wise. Yes we are FAT n we are FABULOUS...

Berbalik pada cerita Gemuk nie, Aku tak penah terpikir untuk buat crash diet atau sebagainya sehinggalah aku mendaftarkan dirik untuk jadik PTD. Yer ..PTD adalah skim perkhidmatan penjawat Awam yang terbaik dalam Negara (chewah kembang semangkuk aku). Senang kata 25 tahun aku hidup tak penah pikir nak diet( hajat selalu ader tapi tak penah mula) tapi aku pernah terkandas sekali dalam satu ujian kelayakan untuk memasuki skim nie. Ujian kelayakan Peringkat 2 yang menguji kebolehan peserta dari segi kepetahan bercakap dan kecergasan<<(perkara yang paling aku takuti)  Mmg aku GEMUK pada hari Ujian Kelayakan tuh. Selepas beberapa minggu, keputusan Ujian Kelayakan pun di advertise di website...
Guess What...aku fail...sudah ku jangka.....hmm mmg penah dengar desas desus.... Kalau nak jadik PTD kena slim...macm slim river....tapi aku tak percaya...name pun rumors kan...

Aku pun memberanikan dirik menelepon urusetia Ujian Kelayakan. Ini antara ape yang kami bualkan...

Niniey:
Saya dah tengok keputusan PAC dan saya gagal lepas. Kalau boleh saya nak tahu part mane yang saya tak lulus. Maybe nanti ujian kali kedua saya boleh improve dgn lebih baik(skema kan ayat aku)

Pegawai A:
Mengikut keputusan nie..awak mmg tak der masalah dalam bercakap. Ujian dalam kelas semu awak dapat A tapi awak nie GEMUK sebab tuh awak tak fit..Sekarang kita nak cari PTD yang slim slim...

Niniey: (Terkedu sekejap...) Err oh macm tuh pulak..

Pegawai A:
Saya nasihatkan awak daftar balik untuk exam PTD dan awak kuruskan badan..banyakkan jogging. Datang balik untuk Ujian Kelayakan Ok?

Niniey: Ok.thanks(aku mmg tak betah bercakap ari tuh sebab sedih dengan ulasan dia)

Tapi penangan PTD membuat aku kurus seketika(seketika?) hmm tak pasti tapi sempat kurus lah dari berat badan yang biasa. Lepas pada tuh aku terus pergi jumpa dokter(pakar nutrisi) untuk menjalankan program diet. Dr. Suhana sangat baik...dia bagi nasihat tentang ape yang aku kena makan dan exercise yang aku kena buat. Yang Penting Jangan Makan Nasik.  Memang badan turun tapi drastik dalam 2 minggu pertama je sebab badan kiter nak get use untuk say Bye bye to Nasi(sedihnyer)

Eventually aku turun dr 87 KG hingga ke 69KG dalam mase 3 bulan. banyak tuh..pastu dokter tak kasik turun sebab takut tak sihat..walaupun berat badan yang afdal adalah 55KG...bila aku dapat surat panggilan untk UJian Kelayakan PTD...setiap hari aku jogging pusing padang kat Taman Melati. Lompat bintang jangan cakap lah...silap silap boleh petik bintang kat langit tuh...

Beberapa minggu kemudian.....keputusan Ujian Kelayakan pun keluar....guess What? I'm passed tru(Yeah!)

Selepas berjaya melepasi stage ke 3 (Interview)...aku pun start balik makan nasik....senang hati lah katakan...ngeh ngeh ngeh...berkembang di paksi X dengan jayanya sehingga kembali ke 85 KG(again?...)

Tapi tak kisahlah....sekarang kan puase...mesti turun punyer.... cuma nak get rid of Nasik 100% mmg dah tak mampu...yelah makan darik kecik kowt....

Di tengah2 kemurungan aku berbadan gemuk, sekali aku terbaca review mengenai French Marie Claire yang embrace plus size women in Fashion. All Curvy Ladies(nama baru untuk wanita Gems dan Gojes) are HOT.... Wow! check this out...



Betul tak Fat ladies still look GoJes?



Well, dengan melihat Fabulous Ladies yang sangat dikagumi di western kerana mereka gemuk....sekarang aku dah pikir 100 kali sama ada nak terus kan niat diet aku atau tak..... Hmmm  Stay Fabulous Girlssss




Hasta Pronto

XoXo