Pages

Friday, August 30, 2013

Mengapa Syurga dibawah Tapak Si Pemilik Rahim

Assalamualaikum Readers..


Lama betul tak jengah blog nie... Diakhir akhir syawal ni, mak jemah ni nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Syawal dah nak habis baru terhegeh hegeh nak buat ucapan... (better late than never) kannn..

Last entry pasal isu kawen yang aku bangkitkan.. Well, mungkin ada orang yang akan kata " eleh, klisye sangat buat isu isu kawen ni.." buat lah entry yang best contohnya resipi buat meat ball yg sedap dan kalahkan meat ball IKEA tuh..". Untuk pengetahuan readers yang disayangi, ada seorang silent reader yang mmg tak pernah nak tinggalkan komen dekat dalam kotak "Comment" tapi komen terbuka diberi depan muka mak nie... haishh! "Dulu hang memang lah silent reader tapi la ni aku dah tau dah sapa hang..terima kasih la sebab sudi baca blog aku yang suam suam milo 'O' ni."

This so called silent reader ni kata kat aku lah, konon bagi idea yang bernas, macam mana nak naik traffic blog, macam mana nak tarik orang follow blog aku ni.. Siap cakap, entry aku ni macam too self-oriented, kita kena ada touch point dengan readers baru banyak orang akan attach dengan blog kita...

Aku buat blog ni memang untuk suka-suka.. Tak terpikir untuk generate income... Mungkin pernah plan dulu tapi memandangkan kuasa menulis ni belum cukup tegar dan hebat macam hanis zalikha atau maria elena, maka ku kuburkan dulu niat untuk exposekan blog ni. Sekadar jadi medan untuk aku update kepada kawan kawan dan relative pasal diri aku and things around me.

Maaflah... belum ada entry pasal resipi sebab aku belum pandai masak. Setakat maggi assam laksa tuh hebat la...

So readers, bare with me. Masa untuk menulis memang terhad. Mungkin facilities belum mencukupi atau masa benar benar belum mengizinkan. In shaa Allah akan aku kongsikan perkara perkara yang berfaedah dan boleh diperbincangkan bersama..

So sempena akhir syawal ini, aku ingin kongsikan satu artikel yang telah disampaikan dengan begitu baik oleh penulisnya iaitu Abdullah Sobri. Artikel ini didedikasi khas untuk semua wanita sempena Hari Wanita Sedunia baru baru ini. Sila layan *(sediakan tisu sekiranya perlu)*


RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA......
Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita. 


Bagitahu saya, adakah pengalaman - pengalaman yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit? 

Lalu adakah berhak sesetengah pihak mengatakan wanita berpantang selepas  bersalin ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?

Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim seorang wanita sekarang? Atau akan datang? 

Maka, sayangilah rahim anda wahai wanita. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng,  bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu - ibu kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang -kurangnya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim...renungkan, selamat beramal.. =) 

p/s: keciknya buah pear, kalau banding dengan baby dah macam ratus kali ganda....uuuuuu

Maa Salamaa

Wednesday, July 31, 2013

+Penatlah nak elak soalan soalan panas

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Kareem dear readers.

Harap semua sihat hendaknya dikala menjalani ibadah puasa yang sepatutnya di tahap gear 5 dengan kelajuan 200kph hendaknya. Fuhhh analogi yang berdaya tinggi di bulan barokah ni.
Kali ni entri yang sengaja aku share kerana pagi nie, masuk masuk jer opis, berlaku moment moment yang awkward terhadap diri aku sampai aku sendiri tak reti nak handle perasaan. (Main perasaan gituw)
So, it is Wednesday morning, sampai office suddenly kena bagi tazkirah. Ya Allah, sugguh aku terlupa hari ni turn aku bagi tazkirah. Menggelabah puyuh aku carik artikel dalam internet. Walaupun berlambak artikel boleh pilih dan baca, aku kena verify fakta atau auta. Bukan senang nak share ilmu, tak leh semborono je..

Alhamdulillah, aku pilih tajuk "Amalan di 10 malam terakhir Ramadhan". First time baca artikel ni. Bagus jugak.. Sebab pasal artikel ni, aku baru tahu yang wanita dalam haid dan nifas jugak boleh kejar dan mendapatkan "MALAM LAILATUL QADAR" In shaa Allah akan ku kongsikan artikel tazkirah aku tadi.
Habis sesi tazkirah, aku memang gigih mengadap paper work yang sedang dimentalaah oleh aku. Ada 4 paperwork yang sedang pending. Kalau bukan ramadhan, mungkin aku dah berkampung kat office. Suddenly my chief clark pun panggil sekejap untuk mintak pendapat untuk deco raya department katanya. Like hello.. aku bukan ler kreatip sangat tapi boleh lah nak susun susun.. muahahaha
Since bahan bahan pun sikit, deco lah setakat yang boleh, recycle barang barang hiasan tahun lepas. Tapi yang aku nak cerita kat korang ni... Ke"sentap"an yang berlaku semasa deco deco tu.  Soalan jodoh kahwin umur yang dibincangkan. Semua orang pun tahu aku sorang je yang tak kawen lagi kat department ni. >rilek brader..brader rilek< Jangan lah jadikan aku sebagai topik wahai kawan2 sekalian... sentap sekejap.. Selalu tak sentap pun...
Well, aku carik cara paling bijak untuk excuse kan diri dari perbualan itu dan terus lari2 anak masuk bilik.  Baik mengadap paperwork dari conversation macam tuh.. I came across this article on the net while searching for some inputs. Lets read together.
**********************************************************************************
REZEKI

"kau x keje lg? kau grad setahun awal dari aku kan.."
"belajar tinggi-tinggi, pakai kete sama je macam aku yang belaja setakat sijil ni.."
"gaji besar tapi aku lagi mewah..ape la kau ni.."
... "kau ni bila nak kawin? tengok aku dah masuk anak kedua. kite sebaya kan.."
"aku kawin kemudian dari kau, tapi aku beranak dulu. kau xnak anak ke.."

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Biasa tak dengar ayat-ayat di atas?
Mengapa perlu kita bertanya soalan-soalan sebegitu?
Adakah si penjawab tahu apa yang akan terjadi dalam hidup dia?
Siapa tahu masalah di sebalik setiap yang berlaku pada si penjawab?

Mungkin dia sedang menjaga kedua ibu bapanya yang sakit. maka sebab itu dia masih tidak bekerja.
Mungkin dia sedang membantu adik-adiknya meneruskan pelajaran. maka sebab itu dia berkereta dan berbelanja setaraf orang yang sederhana hidupnya walau gajinya jauh lebih tinggi.
Mungkin dia sedang melawan penyakit yang memungkinkan dia tidak mampu beroleh anak, maka sebab itu dia tangguhkan niat untuk memiliki anak.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Buat si penjawab yang menghadapi soalan sebegini, tenanglah. Jangan bersedih. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Dia telah mengatur setiap sesuatu dengan bijaksana.

Mungkin kita memiliki rezeki yang sedikit berbanding orang yang memiliki rezeki yang lebih banyak dari kita. Jangan bersedih kerana rezeki itu luas pandangannya.

Mungkin agak kasar pandangan ini, tapi sebagai manusia, perbandingan juga kadang-kala boleh memberi kekuatan dalam melawan nafsu dan bisikan syaitan terutama bagi orang yang lemah imannya.

Ingatlah,
mungkin kamu tidak bergaji besar, tapi kamu mungkin memperoleh kebahagiaan yang lebih.
mungkin kamu berkereta sama seperti mereka yang bergaji lebih kecil dari kamu, tapi mungkin kereta kamu tidak banyak mempunyai masalah berbanding kereta mereka.
mungkin kamu lewat mendapat jodoh, tapi mungkin juga hubunganmu dengan jodohmu itu lebih panjang.
mungkin juga kamu lewat mendapat anak, tapi mungkin juga anakmu itu lebih membawa kegembiraan satu hari nanti.

Allah lebihkan seseorang itu di satu bahagian, dan mengurangkan kamu di satu bahagian. Tapi Allah juga melebihkan kamu di satu bahagian lain, dan mengurangi seseorang itu dengan satu bahagian lain. Itulah keadilan Allah yang sering kita lupakan lantaran sering melihat kelebihan orang lain dan melupakan kelebihan yang Allah berikan pada diri sendiri.

Tanamkan dalam minda, Allah itu Maha Adil, dia memberikan kamu apa yang kamu perlukan, bukan apa yang kamu inginkan. Setiap hamba-Nya punyai bahagian masing-masing.

Di saat kamu di lontarkan soalan sebegini, atau di saat jiwa kamu sendiri yang bertanyakannya, pejamlah matamu..tarik dan hembus nafas perlahan-lahan sehingga kamu beroleh kusyuk lalu sebutlah Allah..Allah.. Insyaallah kamu akan tenang. Jika orang yang bertanya berada di hadapanmu, jawablah Allah lebih mengetahui segala perancangan untuk hambanya.
**********************************************************************************
p/s: Inshaa Allah, lepas ni, aku dah ada spare bullet untuk soalan soalan panas. Alhamdullilah masih mampu tersenyum untuk u Olls.. Thank you.
Maa Salamaa

Wednesday, July 10, 2013

+Ramadhan Kareem :: Lets make the most of it


Assalamualaikum w.b.t

Holla readers..

Alhamdulliah, kerana sekali lagi aku diberi peluang untuk bertemu Ramadhan Mu Ya Allah.

Pejam celik pejam celik , Alhamdulillah kita dapat berpuasa sekali. Azam ramadhan saya pada kali ini - HIJRAH. Mungkin kedengaran asing tetapi, saya juga manusia biasa yang tidak lekang membuat dosa. Insya Allah, Ramadhan ini akan memberi sesuatu yang baru kepada saya dan juga anda semua, the readers that I've always adore. Ramadan is the best time to change yourself in a good way and also learn to be thankful! Be thankful that you are alive, be thankful that you're surrounded by your love ones, be thankful for the health to do Ibadah, be thankful for the food that we have to break fast later at night and last but not least, be thankful that Allah have give us Ramadan to gain so much advantages from the good deeds with His mercy and forgiveness. I love Ramadan, it's the best time of year.  I sometimes get lost into things that are so unimportant and time consuming and then see that I actually need to focus on other things. May Allah accept our fasting and duas. In sha Allah.
 
I would like to share The Sermon Given By The Prophet (PBUH) (s) On The Last Friday Of Sha'ban On The Reception Of The Month of Ramadan

“O People !

"Indeed ahead of you is the blessed month of Allah. A month of blessing, mercy and forgiveness. A month which with Allah is the best of months. Its days, the best of days, its nights, the best of nights, and its hours, the best of hours. It is the month which invites you to be the guests of Allah and invites you to be one of those near to Him. Each breath you take glorifies him; your sleep is worship, your deeds are accepted and your supplications are answered. So, ask Allah, your Lord; to give you a sound body and an enlightened heart so you may be able to fast and recite his book, for only he is unhappy who is devoid of Allah’s forgiveness during this great month. Remember the hunger and thirst of the day of Qiyamah (Judgement) with your hunger and thirst; give alms to the needy and poor, honor your old, show kindness to the young ones, maintain relations with your blood relations; guard your tongues, close your eyes to that which is not permissible for your sight, close your ears to that which is forbidden to hear, show compassion to the orphans of people so compassion may be shown to your orphans. Repent to Allah for your sins and raise your hands in dua during these times, for they are the best of times and Allah looks towards his creatures with kindness, replying to them during the hours and granting their needs if he is asked..."

Be prepare and have a bless full Ramadan people!


Maa Salama

Wednesday, July 03, 2013

+Say NO to WIG HIJAB INSTANT

Assalamualaikum w.b.t

Holla readers.

Semoga semua sahabat dalam keadaan yang baik dan bermanfaat hendaknya. Sekali lagi saya sebagai blogger yang tidak tegar ingin melayangkan beberapa baris ayat bagi mengisi kekosongan incik Blog.

Tidak seperti selalu, perjalanan ke pejabat hari ini sangat menyenangkan. Sampai di office lebih awal daripada biasa, seawal 7.30 pagi. Padahal masuk keje 8.30 pagi. Kalaulah hari-hari boleh sampai waktu yang lebih awal macam hari ni, alangkah bersyukurnya aku.

Anyway, sesampai di office, sempatlah bukak email peribadi. Selalu bukak email kat iphong je dan mengabaikan email2 yang lara selain emel orang nak BOOK MAKEUP dengan mak.. ahaks..

Ada satu emel menarik perhatian. Actually email ni dah lama tapi baru sempat nak bukak. One of my friend sent me few pictures and ask my opinion. If only I can snap my face expression while looking at these pictures.




Mak superb terkejut nok (hamboi!!Terus nak keluar ayat memondan). Fesyen hijab terbaru katanya, menyerupai Wig ataupun rambut palsu. Untuk gambar kedua adalah rekaan gaya hijab dengan tudung bawal untuk nampak macam ala ala gadis Paris! Auuw!!! 
 
Dengan kekuatan iman saya yang senipis bawang inilah juga, saya ingin mengambil peluang ini untuk katakan TIDAK kepada WIG HIJAB INSTANT. NO NO NO. Ladies, this wig hijab has been everywhere on facebook the past few days and I want to know what you think of it.  Berfesyen tiada salah tetapi jangan lah sampai kita mengubah makna sebenar sesuatu hukum. Setelah digugel, ternyata ianya inovasi dari negara seberang.. NAY! This just basically defeats the purpose…..wearing this would practically take me right back to my pre-hijab days, which is NOT something I wish for. Things like this are meant to damage the psyche and self-esteem of Muslimahs.
 
Saya sedar saya juga masih tidak sempurna pemakaiannya, masih belajar dan berusaha untuk berubah ke arah kebaikan. Dari sehari ke sehari, saya cuba perbaiki diri untuk ke arah lebih baik. Sangat berharap dalam perjalanan saya dimasa hadapan, tidak diduga dengan perkara perkara sebegini.. Insya Allah.

tudung feveret kak ton sekarang
Sama sama kita doakan yang terbaik untuk semua muslimah kita. Insya Allah

comey jugak tudung kak tin !

 
 
Take care Darlings. Ma'a Salama :)
 
 

Monday, June 24, 2013

Haze Haze Haze

Masjid Putra @ 9 am
 
 
Masjid Putra @ 11 am

Assalamualaikum
 
Holla readers, Semoga semuanya sihat sejahtera..
 
Most probably, semua laman social dah tepu dengan gambar jerebu. Same here. Hari nie pun dah tak semangat nak buat kerja. Monday Blues?? Tak mungkin.. Mungkin sebab jerebu lah kowt... (kita salahkan semuanya pada jerebu)
 
But good to know that all schools in KL, Putrajaya and Selangor has been given holidays. That's a very thoughtful action. But wait, the haze is getting worst. I live in KL and travel to Putrajaya every working days... I believe I didn't have a glance of my KLCC yet this 2 days. Where are thou KLCC? 
 
Aren't we suppose to get "CUTI" as well? Not only children and teachers that have lungs right?
 
PICC's View @ 9 am

PICC's view @ 11.50 am

Saya mengambil keputusan untuk berpuasa. Tapi belum pukul 10 pagi ,  tekak dah start kering. Macam mane nak survive puasa sampai petang? Lebih teruk lagi, when the haze have hijack the office's air condition system. The whole office bau macam open burning site.

I've only have this to purify the air

 I don't have mask. Not wearing any protection and  I've already suffocating in my office room.



Take Care People!




Friday, June 21, 2013

Gaya topi yang menarik * Lucu * Pelbagai

 
Assalamualaikum...
 
Holla readers,
 
Tak sempat nak update so kita sempat hupload gambar..
 
AWAS: Entri ini hanya gambar semata-mata. Semunya sebab Gugel jenis jenis topi kat dunia.
              So layan jelah...
   
 





























 
 
Menarik kan?
 
 
Take Care!