Pages

Tuesday, December 21, 2010

[REVIEW] Kunyah Cafe and Restaurant


Holla Readers... Kali ni, entri aku akan lebih berbaur kepada review dan pendapat, komen-komen panas telinga dan soalan soalan terjah.. (Sila Kagum) My fes try untuk buat entri review nieh setelah mendapat bahan baru untuk dicanangkan kepada semua.

Sila maklum bahawa si penulis tidak ader kaitan apa pun dengan tokei kedai sebab aku datang sana pun kena bayar juga.. (Geli hati sekejap)


Restoran baru yang terletak di Shopping Complex Wangsa Walk. Korang boleh perasan kalau korang jenguk kaunter tiket TGV Cinema dekat sana. Mmg betul2 opposite kaunter tiket. Kalau tak nampak jugak, standby kira 5 jumaat. Nama pun macam nak glamer je “Kunyah”.

Sebabkan kebosanan duduk dirumah, aku pun heret mak dan adik2 aku pi buang masa+buang duit dekat karaoke. Kami pun baik punya nak parking lah dekat Songbox Wangsa Walk. Oleh kerana bilik semua penuh dan yang tinggal bilik VIP jer, aku terpaksa menunggu selama 20 minit sebelum urat2 leher aku nie bersenam dan beraksi untuk men-sumbang-kan lagu lagu yang ader kat dunia. Apabila kena menunggu mula lah mata melilau nak cari tempat untuk melabuh punggung (ayat sastera sikit).

SO sebagai kepala rombongan aku pun decide nak lepak+makan+minum+plus cuci mata tengok abang2 TGV yang sangat hensem jual tiket dekat situ .Bukan ape, mengisi mase lapang lah katakan.... 


Menu dia agak kepada Snek snek ala Malaysia contohnya roti jala, kerpok lekor, banana fritters, nugget, Frenchfries, Waffle, spegethi dan sebagainya (yang depan je bunyik Msia). Harga dari segi snek mmg agak mahal lah tapi boleh dicuba sebab masakan dia Not Bad.

Mari layan gambaran gambaran yang sudah menjadik tangkapan.

syera mmg suka propa

Daniel dengan Waffle

Double Cheese Beef Burger RM9.90

Waffle RM4.00

Apple Juice*Carrot Juice* Lime Juice All RM5

Spegeti yg guna kuah Prego sahaja RM 12.90


For me, next time kalau nak usha Abang kaunter tiket TGV jer aku akan datang lagi. Kalau tak, aku rela pi Mamak NZ yang lebih mengujakan.

1 comment:

  1. Daniel... dah besar dah dia... Kimsalam kat Aunty ngan Uncle ehh...

    ReplyDelete