Pages

Friday, April 15, 2011

Status :: K E L I R U

Holla readers, como dias? since lama tidak bercakap-an dengan Encik Blog, maka ditunjangkan satu lagi entri. Kali nie, lebih berinfomasi dan lebih dewasa (serius lah sikit)... Saya yakin(  bila masa pandai guna perkataan saya nieh) anda semua (kebanyakkan anda la) memiliki sejarah hitam yang sama dengan saya, iaitu STUDENT DEBT!

Senario umum
Disebabkan kita semua tidak dilahirkan dari keluarga yang ada - ada, jadik kita semua (peminjam-peminjam tegar) terpaksa atau memaksakan diri untuk meminjam kepada PTPTipu eh PTPTN... Basically, bagi student yang pinjam dari peringkat diploma jika dia belajar dalam masa 3 tahun ( 6 semester) mengikut subjek adalah sebanyak RM12K-RM20K. Kalau bijak belajar dan ingin sambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, kena tambahan sebanyak RM20K sehingga RM40K mengikut kelayakan. So basically, by the time he/she fully graduated, the student loan will be accumulated up to RM 60K. WOW! there's a lot of money.. Patutlah ramai student sekarang masa belajar pun dah start buat side income. Susah jugak jadik student eh... 

Senario diri sendiri: 
Aku bersyukur kerana situasi aku sedikit baik dari situasi umum di atas. Sementelaah habis SPM, aku sambung ke peringkat Sijil Matrikulasi dan seterusnya layak menjejakkan kaki ke Universiti. oleh kerana ibu dan ayah dibawah kemampuan untuk menghantar aku belajar, pada hari aku mendapat surat tawaran, aku juga telah pun diberi pinjaman PTPTN zuuppp terus 1.5K untuk tujuan beli tiket flight  dan registration.....maklumlah belajar oversea ( yang ado). Then bila dah mula semester baru lah aku diberi borang PTPTN yang lengkap untuk diisi. Jadik, PTPTN telah menjadik sugar daddy aku selama 2 semester walaupun mendapat separuh kelayakan. Ok lah tuh kan dari tak der lansung....

Oleh kerana aku nie sedikit pandai(sikit jer) aku pun berhajat untuk memohon biasiswa kerajaan. Mana tahu ader rezeki tak payah lah berhutang banyak sangat kan. Alhamdullilah aku ader sugar daddy baru selain abah aku which was JPA at that time. Aku memotong PTPTN aku. Dengan bangganya aku menulis surat dan menghantar sendiri dengan tangan ke pejabat PTPTN untuk menamatkan pinjaman. Alasan yang diberikan, mudah - telah mendapat sugar daddy baru (Opps!) Dalam surat yang sama, (tahun 2004) aku juga memohon jasa baik PTPTN untuk memanjangkan waktu bayaran balik kerana aku masih dalam tempoh belajar (baru  first year mase tuh). Dengan hati berbunga-bunga terus menyambung kembali pelajaran tanpa mengetahui bahana yang sedang menunggu (jeng jeng jeng).

Setelah tamat pengajian pada 2007,  sebulan selepas convo, ketika sedang terkapai2, mencari kerja kerja yang boleh menampung hidup, tiba2 datang surat lawyer. Aku disabitkan kesalahan kerana tidak membayar pinjaman... Gile ke ape.... keje pun dak lagi mane nak cekau duit....  mase tuh dah pikir nak jual nasik lemak kat depan pintu rumah dah.... Jumlah pinjaman aku banyak pulak tuh RM3.7K (banyak nyer aku hutang!!!) so pelan pelan amik upah urut orang, sapu sampah, jual dekat pasar malam agar ada pendapatan (boleh percaya ke statement dia nieh)... So aku pun mmg nak menunjukkan ketidak-setujuan... aku tak mo bayar jugak sampai aku dapat kerja... (tekad betul aku mase nie) Sebab tuh aku dapat title "Peminjam Tegar". Surat yang aku hantar memohon cerai dengan PTPTN rupanya hilang dan tidak direkod. Nasib aku lah kan....So buat dek je lah...

gambar hiasan
 Tapi sekarang aku dah mula berkhidmat untuk rakyat dengan sepenuh masa, aku telah mula membayar dengan kadar yang berpatutan. Serius betul  bunyik kes aku nie... Disebabkan aku nie peminjam tegar dengan jumlah pinjaman RM3.7K aku pun dapat surat Imigresen. "Anda telah disenarai-hitamkan untuk travel oversea..".    Ouuch.... baru plan nak pi Canada tahun 2011, tour Europe 2012 -  macam mane nieh....???

MACAM MANE NAK TAU KAMOO TUH SUDAH DIBLACK LIST?

Senang saje. Kamoo boleh melayari laman web PTPTN dan pergi ke bottom part of the page..


Nampak tak kotak wasiat tuh wahai peminjam ingkar sekelian? Sila Klik klik kat situ...


Tapi korang ada pilihan lagi, sama ada belum buat bayaran atau memang orang minyak (sebab dah kena senarai hitam) Mari lihat status saya (Nota: saya masih dalam proses untuk membayar dengan gigih jumlah pinjaman saya yer)

and guess what.....
Owww. Entri ini pengakuan berani mati tapi gua tak heran, sebab gua bayar tiap2 bulan (Gagagagagagaga)

Tapi setelah membayar dengan gigih sekian lama (takder lah lama sangat) dan jumlah pinjaman pun sudah sampai ke hujung hujungnya aku terjumpa satu website yang boleh menyemak status  imigresen warganegara Malaysia. (Yes for you Malaysian!)

Kamoo semua boleh pergi ke laman web Jabatan Imigresen Malaysia

Mari semua kita sama sama tengok status mak nie. Boleh ke tak kita pi Canada tahun nie? Bismillah.......

Status:: Saya keliru... Memang dia suruh bayar ler sampai habis ate hutang kamoo tuh.. Aku kan dan bercerai dengan PTPTN. Dia boleh suruh pergi "rujuk" pulak... Tunggu jelah sampai habis bayar. BUkan nyer lama lagi pun..... Hahahahaha (gelak jahat).

M.O. R. A. L:  
Kalau dah berhutang, rajin2 lah bayar.. kesian kat adik-adik atau anak2 kita nanti dah takder PTPTN nak tolong. Bayar konsisten pun boleh mengelakkan anda dari disenarai hitam. Tak payah lah risau nak bayar bebanyak. Bayar lah setakat yang mampu mengikut keadaan semasa. jangan sampai gaji 5K pun consider tak mampu lagi..Ciss Bedebah! Buat adik2 yang tengah study tuh..Jgn risau sangat... PTPTN pun takde lah kejam sangat sebenarnya. Yang penting,  kalau nak tangguh bayaran make sure inform bebetul dengan PTPTN. Diaorang bagi punyer ....

 Lepas dah habis bayar nanti, korang akan dapat surat cinta dari PTPTN. 
via Nadia Corner

p/s: nak pergi Canada ke Europe terus eh? Macam nak pergi Hong Kong pulak...

1 comment:

  1. Fuhh..mekasey atas link2 itu..akhirnya saya pasti saya clear..walaupun menerima surat ancaman dari PTPTN..HAHAHAHAHHAHAHAHA

    ReplyDelete